Masihkah Aku Cinta (Bah. 1)

Setelah 5 tahun cinta itu berlalu, masihkah ada harapan untuk aku memilikinya?
Setelah aku serahkan jiwa dan ragaku, masihkah dia menyanyangiku?
Setelah aku korbankan masa, wang ringgit, masihkah ampuh sayangku?
Namun apa yang penting, Masihkah Aku Mencintainya setelah apa yang terjadi dalam hidupku?

Arghhhh...aku menutup diari. Diari yang menjadi teman hidupku selama ini.
Eh, lupa lak nak kenalkan diriku. Namaku Ben, bukan Benjamin, Benathan pun bukan. Nama sebenar aku Saiful Adam Bin Ahmad. Nama Ben tu datang dari mana, aku pun tak tau. Nama tu dah sebati denganku sejak aku dari kecil lagi. Apa-pun namaku, doakan aku sihat ok. Wah panjang tul citer pasai nama, umurku 24 tahun, masih bujang dan sudah bekerja. Tapi masih belum berkahwin. Tu selalunya jadi soalan CEPUCEMAS kat aku... Masihkah Aku Cinta ni mengenai ceritaku.

Imbas 6 tahun lepas

Keputusan STPM dah keluar. Peluh ketiakku, ops...kerana agak gementar menunggu cikgu umumkan keputusan. Kawan-kawanku ada yang pucat, ada macam ayam berak kapur, ada yang dah macam orang gila membebel sorang-sorang. Yang cikgu ni pun satu, nak buat suspen pun nanti-nantilah, ni aku tengok dah macam wad gila dah dewan sekolah ni. Adoi, jantung aku dah tertinggal kat rumah dah pagi tadi. Cikgu panggil sorang-sorang nama kawanku. Ada yang gembira, lompat lepas siling, ada yang nangis bagai nak kiamat esok.

"Saiful Adam Bin Ahmad". Alamak, cikgu dah panggil namaku, macam nak terkencing. Bukan nak kena hukum pancung, aku tenangkan diriku. Dahla namaku dipanggil akhir sekali, sah-sah la aku fail.
"Apa yang kau belajar selama ni ha, jerit bapaku", aku bayangkan bapaku berkata-kata.
"Kau tak kesiankan mak ke, keputusan kau macam ni", habislah aku, mak pulak berlakon dibayangan mataku.

Kedebuk, kedebab, "adoi, jeritku", aku terjatuh tangga rupanya, tu la asyik berangan yang bukan-bukan.
Aku terperasan yang dewan sunyi sepi pada mula aku jatuh, kemudian bunnyi ketawa berdekah-dekah, merah padam mukaku.
"Hampeh punya tangga, masa ni la kau nak ada kat situ". gomelku dalam hati.
Pengetua yang menanti untuk menyerah keputusanku pun turut tersenyum. Adoi, malu seumur hidup.

"Untuk pengetahuan semua, pelajar yang jatuh tadi..." cikgu yang pegang "microfon" menahan ketawa.
Cis, bedebah, aku belum tengok keputusan lagi, cikgu ketawakan aku. Yang pengetua ni pun satu, lepaskan lah tangan ni, aku nak turun, jeritku dalam hati, tak terkeluar dari mulut.
"...adalah pelajar terbaik STPM tahun ni..." jadi kenangan 2 dalam 1, pelajar jatuh tangga jadi pelajar terbaik" kata cikguku. Aku dah tak tau nak cakap apa dah, yang aku tau airmataku telah mengalir.

"Lihatlah dunia, aku telah memenangi anugerah yang tak disangka ini," sambil-sambil aku melambai-lambai tangan. Tahniah, anda dah berjaya, tahniah.

"Oi, tahniah, tapi apahal kau lambai-lambai tangan ni?" jerit kawanku, Iman, "ingat kau menang Grammy Award ke?" jerit kawanku yang lain. Adoi, baru ku tersedar yang aku hanya pelajar terbaik STPM. Cis, baru nak berangan sikit, ada yang mengacau. Ketawaku dalam hati.

Alhamdulillah, berhasil jugak usaha aku selama ni. Kejayaan ni untuk mak dan abah yang sentiasa menyokongku selama ni. Untuk si dia, eh tak de si dia. Tak cukup matang lagi untuk aku bercinta. Tapi untuk Si DIA yang Satu, terima kasih, kerana makbulkan doaku.

Akhirnya aku diterima masuk ke salah sebuah universiti tempatan. Aku dapat bidang yang aku suka iaitu Undang-undang. Kawan-kawanku ada yang mempertikaikan kursus yang aku dapat. Ye la, mamat yang kuat berangan dapat kursus undang-undang. Nanti macam mana nak bela anak guam. Lantak koranglah, janji aku bahagia.

Lagi satu, "jangan lupa cari awek bila kat U nanti". pesan Husin kawan baikku.
"Ala ko ni, aku nak p belajaq la, bukan bercinta".
"Ko ja yang belum ada awek lg dalam geng kita ni tau", balas Amran, pekena aku.
"Nantilah, tunggu aku akil dulu, baru cari", balasku sambil ketawa.
"Loyar plak ko ni, macam na la boleh jadi Lawyer", getus Amir. Semua ketawa.
Aku, Husin, Amir, Amran dan Iman kawan karib sejak sama-sama di Tingkatan 6 Rendah.
Sekarang smua membawa haluan masing-masing, sebab semua dapat kursus dan yang universiti berlainan.

"Cinta tak kenal siapa, hadir tanpa dipaksa, nanti aku bercinta, akulah manusia paling setia korang tau tak", aku balas. Ye ke aku akan setia. bercinta pun tak pernah, macam mana nak tau setia ke tak? Eh apa itu cinta? Kuih ke? Permainan ke?...
"Berangan ke?" Amran tampar bahuku. Terkejut aku, nasib tak terkentut eh melatah. Kami semua ketawa.

Comments

Popular Posts