Biarkan Aku Bahagia B19

Biarkan Aku Bahagia
Bab 19

"Assalamualaikum adik, nanti adik tolong bagitahu Hafiz, homestay, kak dah tempah yer". Kata Kak Za dihujung talian.

Salina mematikan talian. Semakin dekat tarikh pertunangan, semakin sakit hatinya. Pelbagai alasan digunakan, namun semua tidak berjaya.

"Alin, Jumaat ni, kau datang rumah mak aku yer, tidur sana, mak buat kenduri sikit, tapi kenduri hari Sabtu, aku nak minta kau tolong apa patut".

"Kenduri apa tu?". Tanya Alin, tapi mata masih menghadap komputer riba.

"Entah, kenduri doa selamat katanya". Balas Salina, acuh tak acuh. Masih berselindung.

"Ok, Jumaat petang aku sampai". Alin memang akan sentiasa ada apabila ada majlis di rumah mak Salina, kadang bukan buat apa pun, tapi mak Salina dah anggap Alin macam anak sendiri, jadi seperti tidak lengkap jika Alin tiada.

"Tapi kau jangan terkejut pulak nanti". Salina bercakap, tetapi perlahan namun didengari Alin.

"Terkejut kenapa?". Alin merenung Salina.

"Tak dak apa-apa". Lantas Salina bergerak ke biliknya.

Di bilik pejabat, Salina mengunci pintu lalu menangis. Dia rasa sangat terhina jika pertunangan ini diteruskan, bertambah terhina jika dia berkahwin dengan Hafiz.

Namun, Salina harus kuat untuk terus menghadapi hari-hari mendatang. Salina mengesat airmatanya, terus menyiapkan laporan yang tergendala.

"Salina, aku nak pergi makan, kau nak ikut tak?". Tanya Alin setelah mengetuk pintu bilik Salina.

"Jom, tapi kau drive".

Alin menggangguk.

Mereka makan di sebuah restoren di Sungai Petani. Dalam mereka sedang menikmati makanan, mereka telah diekori sepasang mata.

"Hai, Alin kan?." Sepasang mata tadi bertanya.

"Aah, yer, saya, siapa yer". Alin membalas dengan nada terkejut.

"Aku la, Nadia".

"Nadia?".

"Ok, bekas buah hati Hafiz". Getus hati Salina.

"Oh, kau, macam mana boleh ada di sini, bukan lepas konvo, kau sambung oversea?". Tanya Alin, sambil mata memandang Salina yang terdiam tertunduk.

"Yer, sampai sana, bertemu jodoh, parents aku suruh kawen, sebab aku sorang di sana, Alhamdulillah".

"Kau dah banyak berubah, tak macam dulu, dah bertudung, baju pun dah besar".

"Kau nak kata dulu aku jahat la". Nadia ketawa.

"Eh, tak la". Balas Alin ringkas sambil tersenyum.

"Aku di sini teman suami aku, dia outstation, tu ha dia dengan dua anak kami".

Keadaan diam seketika apabila Nadia terpandang seseorang di hadapannya. Wanita tersebut diam dan menunduk. Cantik, getus hatinya

"Alin, aku sebenarnya datang sini pun ada hajat, aku tahu kau tahu. Aku tahu Salina ada di sini, aku nak sangat jumpa dia". Sayu suara Nadia.

"Tu depan mata kau tu". Alin memuncungkan mulutnya.

Nadia terkejut. Dia tidak mengenali wanita di hadapannya. Nadia berdiri lantas memeluk Salina sambil menangis.

Alin terpaku. Salina terkejut.

Bersambung...

Comments

Popular Posts