Biarkan Aku Bahagia B18

Salina tiba di rumah agak lewat. Lampu rumah masih terpasang, bermakna Alin belum tidur.

Salina membelek matanya di cermin pandang belakang, matanya sembap dan bengkak kerana menangis sepanjang jalan.

"Habislah, Alin belum tidur, mesti dia perasan mata aku". Salina bercakap sendirian.

Salina terus membuka pintu dengan debaran kencang.

"Kau ok ke Salina, kenapa mata kau bengkak?" Soal Alin ketika Salina masuk ke dalam rumah.

Salina tahu, Alin akan tunggu, jika dia tidak menjawab panggilan Alin.

"Aku ok". Jawab Salina pendek.

"Kalau ok, tak pa la pergi berehat".

Salina bersyukur, walaupun Alin tahu dia sedang tertekan, tetapi Alin tidak pernah memaksa dia menceritakannya.

Tiba-tiba Salina meluru ke arah Alin, dan terus menangis sambil memeluk Alin. Salina menangis sepuasnya. Alin hanya mendiamkan diri, sambil tangannya mengusap lembut kepala Salina.

Setelah melihat keadaan Salina reda, lalu Alin bersuara.

"Aku tak tau apa yang terjadi dekat kau Salina, tapi kalau kau nak luahkan, aku sedia mendengar, kalau tak mahu, aku tak memaksa".

"Alin, bila aku dah bersedia, aku cerita ya".

Alin tersenyum.

"Terima kasih Alin, pinjamkan bahu".

"Kau ingat "free", belanja aku sarapan esok". Gurau Alin, buatkan Salina tergelak.

"Amboi, dengan aku pun berkira, aku potong gaji, baru ada akal".

"Oi, mana aci main ugut-ugut". Alin geletek Salina.

Salina terus berlari ke bilik. Lega sedikit perasaan dia.

"Salina, jangan lupa mandi, solat sekali". Jerit Alin dari luar bilik.

Itulah sebab Salina sangat sayangkan Alin, sentiasa ingatkan dia tentang banyak hal.

Selesai membersihkan diri, Salina membuat solat sunat dan membaca Al Quran untuk ketenangan jiwa. Kemudian dia berdoa sesungguh hati agar Allah memberi kekuatan.

"Aku redha jika ini tertulis kepada ku, tapi aku tetap akan berusaha sehingga habis-habisan". Salina bersuara di dalam hati.

Bersambung...

Comments

Popular Posts