Sucikah Cintaku Bahagian 1
Damai rasa hati berada di daerah
ini. Tenang jiwa ini di daerah yang permai ini. Hilang gejolak jiwa berada di
sini. Sejuk hati ini bila berada di sini.
Aku bukan melarikan diri, aku bukan
penakut. Aku bukan tidak mahu menghadapi kenyataan. Tetapi aku di sini membawa
hati yang lara, semuanya angkara cinta. Ya, cinta, cintalah membawa aku ke
sini. Cintalah aku tiada kekuatan untuk menghadapinya. Cintalah aku cuba
menjauhkan diri. Adeh panjang pulak mukadimah, cewah, biasalah kalau cerita
novel mesti nak jiwang-jiwang dulu. Seumur hidupku, inilah kali pertama aku
lari dari cinta, bukan lari dari rumah. Bukan jugak lari 100 meter. Penat tau
main lari-lari macam tu, kalau lari dari rumah kena panjat tingkaplah, panjat
tu ah, nil ah, macam nak merompak lak. Kalau lari 100 meter macam nakt tercabut
jantung. Macam manalah Usain Bolt tu berlari ye. Eh, ni cerita lari ke cerita
aku.
Ye betul kerana cinta aku terpaksa
bawa diri ke pulau ni. Pulau langkawi. Tak maul ah pi luaq Negara. Asyik-asyik
kecewa, tertekan mesti nak pi luaq Negara macma cerita dalam novel pulak.
Kenapa dalam Negara takde tempat-tempat menarikke? Pulau tioman ada, pulau
perhentian ada, puau pinang ada. Ikut kempen kerajaan, jom cuti-cuti Malaysia.
Dato’ Siti pun nyanyi lagu tu. Eh, tersimpang jauh lagi. Di pulau ini aku
membawa hati nan luka tapi tak parah lagi la. Namun aku gembira walaupun aku ke
seorangan, aku tetap tahu DIA ada di sisiku.
Mak, abah, alang rindukan kalian
berdua. Alang tahu buka mak dan abah yang halau alang. Cuma mak dan abah keliru.
Masih teringat lagi kata-kata mak, Alang pergilah dari sini, mak tak mau alang
terus macam ni. Mak dan abah tetap sayang alang. Mak tak tahan bila ada yang
kata perkara yang tak elok tentang alang.
Walaupun alang terluka, tetapi demi
mak, alang melangkah jua. Mak abah alang tetap sayang kalian. Jangan buang
alang sudahlah, bisik hatiku. Menitis airmataku, macam cerita sedih lah pulak.
Nampak ja keras, tapi dalam hati ada taman.
Sambil melihat matahari terbenam,
aku beristirehat di depan resort tempat aku menginap. Eh, boleh telupa pulak,
aku menginap di resort kat pantai Chenang. Tiada siapa yang tahu kau di sini,
tiada siapa yang kenal aku kat sini. Best siot, boleh buat apa saja tanpa ada
yang ambik tau. Janji aku masih tahu hukum hakam agama. Ya Allah, Kau kuat kan
ah iman aku. Kau kukuhkan lah pegangan agama ku. Cewah, dah mula jadi ustaz,
getus hatiku.
Di kala ini, teringat aku dosa
silam. Eh, dosa silam? Rasa kejam pulak kat diri aku. Hm, tukaq lah, kisah
silam. Tapi salah kah aku mencintai dia, salahkah aku ingin dia bertakhta di
hati. Ye aku tahu cintaku mungkin tak berbalas, tetapi aku tak pernah pun
membuat noda dan onar. Mungkin jugak kerana aku mengikut perasaan untuk terus
mencintai dia, tapi salahkah perasaanku?
Namun natijahnya, aku di hina, aku di cerca, aku di pulau. Nasib orang
yang hensem macam aku ni memang begini. Biasala macam hero Hindustan, kalah dulu, menang kemudian.
Tapi adakah aku akan menang
kemudian jika sampai bila pun dia adalah cinta terlarang ku. Walaupun cinta
terlarang, aku tetap memelihara maruahku. Aku hanya mecintai dia di dalam diam,
aku redha, kerana tak mungkin aku dapat mencintai dia lebih daripada kekasih,
sebagai sahabat sudah memadai. Tetapi dia tidak dapat menerima aku sebagai
sahabat, apatah lagi sebagai kawan bicara.
Ya aku tahu aku tidak mungkin dapat
bertakhta di hatinya. Allah telah mencipta perasaan, kerana perasaan, aku jadi
tak keruan, tapi sumpah, aku hanya cintai dia sebagai sahabat, mungkin cara
layanan bak kekasih kepadanya. Betullah kata pepatah kerana turutkan hati,
mati. Tapi kau tak mau mati lagi. Aku belum memohon maaf kat semua Lagi. Adeh, panjang lagi ka mukadimah, dah tak
sabaq nak dengar cerita. Ish, tak menyabaq, dah lah, jom baca cerita aku…
Kenangan silam mengimbau kembali…
Bersambung...
Comments