Salam Maulidur Rasul dan Selamat Tahun Baru

 Assalammualaikum...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 1436 Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2015.
Alhamdulillah, masih sempat menyambut hari lahir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih kita yang akan membantu kita di akhirat kelak. Bait-bait Nasyid Nyanyian kumpulan Hijaz amat menusuk jiwa:

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran


Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Memang sangat rindu Rasulullah, harap dapat berjumpa di akhirat kelak dan memberi syafaat kepada semua umat Baginda. Kerana pengorbanan Baginda menyebarkan agama Islam, menyebabkan kita senang hari ini. Sebagai umat Baginda, kita wajib mempertahankan syiar Islam hingga ke akhir hayat. Allah sentiasa untuk membantu sesiapa yang mempertahankan Islam. Janji Allah itu pasti.

Dalam menyambut tahun 2015, kita di uji dengan pelbagai kisah duka 2014, di mana kehilangan MH370, MH17 yang ditembak, banjir besar dalam sejarah Malaysia, dan kehilangan pesawat Air Asia yang telah terjatuh dilautan. Segala ujian yang ditimpa, ada hikmah disebaliknya. Ingat Allah tidak menguji jika kita tidak mampu menghadapinya. Allah bagi ingatan kerana Allah sayang kat kita. Allah rindu kita berdoa pada Nya, Allah kasihkan kita yang lupakan Nya, Allah sayangkan kita yang tidak ingatkan Nya. Disini Allah ingin lihat ketabahan, kesabaran, kekuatan, perpaduan dan yang paling penting adakah kita akan terus ingat, sayang, kasih dan cinta kepada Nya.

Rentetan dari ujian itulah, ada hikmah yang lagi besar bagi saya, di mana konsert-konsert besaran ambang kemerdekaan yang melalaikan dibatalkan. Syukur, kerana kebanyakkan yang akan ke konsert-konsert tersebut adalah orang Melayu(dah sememang orang melayu ramai di Malaysia). Allah sayang kita, ingin lindungi kita dengan cara memberi ujian.

Alhamdulillah, selama saya hidup 32 tahun ni, ini kali pertama saya mendengar alunan zikir memuji ke Rasulullah di Dataran Merdeka yang disiarkan secara langsung di TV9. Tiada lagi konsert-konsert yang tiada tentu arah. Sebelum alunan zikir, difahamkan para pengunjung bersolat hajat untuk meredakan banjir dan agar Malaysia dan umat Islam berada dalam keadaan sejahtera. Alunan yang dialunkan sangat menusuk jiwa hingga saya di rumah pun merasa sebaknya.

Cuma saya mengharapkan saluran-saluran popular turut menyiarkan "konsert alunan zikir" pada masa hadapan. Bukan mengharapkan TV9 ja. Bila konsert-konsert ambang merdeka ni, semua saluran popular merebut-rebut untuk menyiarkan, tapi apabila alunan zikir, hanya sebuah saluran yang menyiarkan.

Apa-pun, tahun 2014 adalah tahun yang hebat untuk rakyat Malaysia, terutama orang Melayu yang beragama Islam kerana, jika kita redha dan perbaiki diri dengan ikhlas, Allah akan anugerahkan pahala kepada kita. In shaa Allah.

Mari positifkan diri, kuatkan iman, ingati Allah, In shaa Allah, kita akan terang.

Walahualam. Assalammualaikum.

Comments

Popular Posts