Pandang Kain Sendiri

Jangan anggap diri mulia, kerana ramai lagi mulia...
Jangan anggap kita hebat, kerana ramai lagi hebat...
Jangan anggap diri kita kuat kerana ramai lagi kuat...
Jangan hina orang, kerana mungkin diri kita hina...

Selalu kita mengata orang sampai kita lupa, yang diri kita tak sehebat mana...
Mengata hingga mengaibkan orang hingga lupa menjaga aib sendiri...
Itulah manusia, selalu buat-buat lupa tentang aib sendiri...
Kalau buat-buat ingat aib sendiri pasti takkan berani nak aibkan orang...

Mengapa masih ada sifat hasad, masih dengki dengan kelebihan orang lain?
Mengapa diri sendiri tak berusaha untuk buat yang lebih baik...
Mengapa sanggup memakan daging saudara sendiri...
Mengapa tidak melihat kain sendiri...

Ingatlah, hidup tak selalu di atas...
Jangan sampai suatu hari nanti, kifarah mendatangi kita...
Sesungguhnya, Allah Maha Melihat dan Mendengar...

Jika tidak mampu memberi kebaikan kepada orang lain, jangan mampu memburukkan orang lain...
Lebih baik berdiam...banyak bercakap, mungkin banyak dosa yang kita dapat...

Wallahualam...

Comments

Popular Posts