Ceritera Sihir...
Assalammualaikum...
Aku peminat FS ni...dah lama aku ikuti...cuma baru terasa nak menulis...kalau disiarkan, aku akan guna #putra untuk cerita aku lepas ni...
Cerita ni mungkin tak seram, tapi nak bagi pengajaran...
Cerita yang nak aku tulis ni, mengenai kisah yang terjadi pada jiran aku...sebelum aku tulis pasai kenduri, aku nak cerita pasai kendudukan rumah...rumah aku ala2 aparment, 9 tingkat, ada 2 blok ja...jadi, blok belah aku ni boleh nampak blok belah sana...aku tak mau cerita lebih2 pasai rumah aku ni, sebab kena rahsiakan...
Aku ni kalau cuti, atau tak dak apa2 nak buat, memang aku balik dok bawah ketiak mak pak aku...mak pak aku ni jenis, kalau jiran panggil makan kenduri, memang kami adik beradik disuruh pergi walau tak wajib pun nak pergi...mak selalu kata, orang dah panggil, kita pi la meraikan...mak pulak jenis orang kuat kat tempat kenduri, selalu jadi ketua masak...cuma kenduri kali ni, tak jadi ketua, sebab tuan rumah pakai katering, cuma mak and the geng kena goreng cucuq udang untuk tetamu sebelah petang...
Ok, kembali kepada kenduri...jam dah tunjuk 11.30 pagi...aku tengok, mak aku tak siap apa lagi nak p tolong jiran blok belah sana tu...kalau dak, waktu ni, mak aku dah p dah...aku tanya mak...
Aku : mak tak pi lagi ka?
Mak : dak lagi, awai lagi...
Aku pun jenguk kat blok belah sana, khemah ada 4 buah, bawah blok pun dah susun kerusi, tapi tak dak orang...
Aku : mak, blok sana tak jemput orang ka?
Mak : jemputla, mulut hang ni...
Aku : mak mai tengok, mana ada orang pun, kalau dak waktu macam ni, ramai dah...
Mak : awai lagi kot, tapi betoi jugak, pasai pa tak dak orang...
Betoi, kenduri, kalau kat kawasan aku ni, pukul 11.00 tu dah ramai dah, siap dengaq muzik bagai, ni sunyi sepi macam kenduri tahlil...
Lepas zohor macam tu, baru ramai orang...aku pun turun kenduri dalam jam 3 macam tu...selalu, jam 1 dah turun(berat nak turun tapi memang ada sesuatu)...rupa-rupanya, ada kejadian yang memang takkan ternampak oleh mata orang biasa macam aku ni...
Ni cerita mak aku...orang kuat la katakan...
Rupa-rupanya orang yang nak mai kenduri, semua tak jumpa jalan, sesat, orang tak tau kawasan kami, padahal, kat bandar tu, kalau orang sebut kawasan rumah kami, mesti orang bandar tu tau, sebab di situ satu2nya ada aparment tinggi...lebih dasyat, yang pernah mai pun, tak jump jalan...
Kebetulan, kawan tuan rumah tu ustaz, cari jalan, tak jumpa, cari jalan, sesat, akhirnya dia baca sedikit ayat, barulah jumpa jalan...macam aku cerita tadi, ustaz tadi pun tertanya, ada kenduri ka, sebab memang tak nampak orang...tapi sebab kenangkan tuan rumah tu kawan, dia teruskan jugak sampai jumpa tuan rumah...
Ustaz(U) : Assalamualaikum...ada kenduri ke dak ni?
Tuan Rumah(TR) : Walaikumsalam, ada, awatnya?
U : Tak dak apa, sunyi ja ni, tak jemput orang ka?
TR : Jemput, tapi mungkin banyak kenduri...(positif)...
U : Takpa la, hang masuk rumah dulu, nanti mai la tetamu...(ustaz dah rasa lain)
TR : Tapi, sapa nak layan tetamu?
U : Macam ni la, ada orang buat sesuatu, tak mau bagi orang lain sampai rumah hang...pi la masuk rumah, nanti ada la orang mai...
Lepas Ustaz cakap macam tu, berubah air muka TR...Tapi TR faham, terus dia masuk dalam rumah...
Elok ja TR masuk rumah, dalam 30 minit, barulah ramai tetamu...kebanyakkan tetamu yang sampai, semua cakap susah betoi nak cari rumah kenduri...ada yang cakap sesat, bila telefon TR, semua tak berjawab...
Cerita TR...
Isteri aku mula meracau seminggu sebelum majlis...waktu siang, semua tampak baik...waktu magrib...mula la isteri meracau...tak boleh duduk dalam rumah, panas katanya...dalam sibuk uruskan urusan kenduri, mereka sempat berubat dengan seorang ustaz...dalam penggamatan ustaz, isteri aku terkena sihir yang dibuat oleh orang terdekat dengan keluarga...semua sebab harta...penyihir nak buat sampai mati...
2 3 hari sebelum kenduri, isteri aku meracau lagi, panas katanya, sampai 1 tahap isteri aku berlari bogel hingga ke bawah blok, tak tahan panas...menangis aku anak beranak sambil mengejar isteri aku...selepas dapat menangkap isteri aku, aku beri air yang ustaz sediakan, agak tenang isteri aku...aku akan usahakan isteri aku cepat pulih...masa hari kenduri, aku sekeluarga tidak membenarkan isteriku turun ke bawah...biarlah isteriku berada dalam pantauan aku dan anak-anak aku yang lain di dalam rumah...
"sampai hati kau sihir isteri aku, padahal kita 1 keluarga." kata TR dalam hati.
Cerita di atas adalah cerita sebenar, yang aku olah untuk menutup aib keluarga TR...apa yang aku tahu, seminggu selepas kenduri, isteri TR telah kembali bertemu Allah...organ dalaman habis rosak...bagi aku, sampai hati ahli keluarga buat si isteri buat macam tu...kalau nak harta pun, usaha la sendiri, cari dengan keringat...zaman sekarang dah kembali ke zaman jahiliyah, dok sihir-sihir bagai...yang ada harta tu, buatlah wasiat siap-siap...
Lari la kejar harta tu, nanti harta tu pun lari dari hangpa...
Al Fatihah...
Comments