Kahwin oh Kahwin...

Salam...

Semalam ada dpt ucapan tahniah drp kakak...
terkejut jgk...tak tau tahniah utk apa...
tanya pny tanya...rupa2nya utk kahwin...kikiki...

Ni semua bos aku yg punya angkara...
minta aku kahwin thn ni...kikiki
masin mulut...aku tgh berusaha...
tp blm pn buat persiapan, tkt tak jd...tp tak salahkan kalau bertunang dulu???...

tkt gak fikir pasai kawen ni..
bknnya senang...
tkt nakhoda yg di bawa akan tersadai...
tersadai dengan keadaan elok..ok lg...kalau yg x elok mcm na...hm...

kat bwh ni aku letak hukum2 kawen...

Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.
Wajib
—————-
Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta’iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.
Sunat
—————-
Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).
Makruh
—————-
Hukum makruh terbahagi dua :
Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).
Haram
—————-
Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.
Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?
Mari kita sama-sama fikirkan….
hm, aku kategori mana???
so marilah kita fikirkan bersama...
Renung2kan dan selamat beramal...

Comments

Popular Posts