Renungan Bersama...KEMATIAN...

Salam,...

Malas nk menaip...
sbb demam, tp xblh lak rasa mcm ketagih lak...
tapi bukan ketagih dadah @ arak yer...kikiki

Hm...nk citer pasai pa lak??
smlm kwn aku komen pasai aku tkt lebih tentang kubur...
adoiyai...bukan tkt beb...tp seram...
biasalah dh nm pn kubuq...
bukannya stadium yg penuh dengan orang yg hidup...kikiki

hm...bercerita pasai kubuq ni..
bagus utk kita semua kerana ia mengingatkan kita ttng kematian...
tapi jangan sampai nak bunuh diri pulak yer...

jom kita renungkan...

Def. mati...
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. 
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
 
Hukum ingat mati...
Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.    
 
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
 
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"
 
So, sesiapa yang nak bunuh diri tu, lupakan lah, bertaubatlah...
xmasuk syurga...

Hm, dah lah kat dunia byk buat dosa, pastu x bertaubat...
mcm mn??? jadi ingtkn diri ttg mati, tp jgn smpai bunuh diri...
JOm renung bersama....

Comments

Popular Posts