Cintai Allah

As salam...

Hai, apa khabar semua?

Hari ini, Che nak kongsi kisah yang Che baca...

Ada dua orang nelayan berada di laut untuk menangkap ikan. Seorang beriman kepada Allah, seorang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum mereka berdua melakukan tugas masing-masing, mereka berdoa mengikut kepercayaan masing-masing(mengikut agama mereka).

Hasil tangkapan yang tidak beriman lebih banyak dan lumayan daripada hasil tangkapan yang beriman.

Lalu malaikat bertanya kepada Allah, kenapa Kau tidak memberi hasil yang banyak dan lumayan kepada si nelayan yang beriman kepada Mu, sedangkan yang tidak beriman itu Kau memberi berlebihan.

Maka Allah menjawab, apalah sangat rezeki yang banyak kepada yang tidak beriman kepada Ku itu kerana ia hanyalah dunia semata-mata. Si beriman itu, jika dia beriman dan sabar menerima ujian serta mengingati Ku, maka ganjaran syurga kepadanya.

Allah, janji Allah itu pasti. Rezeki tidak pernah salah alamat. Bersangka baik kepada Allah. Carilah kebesaran Allah.
Sayangi Allah.

:-)

Comments

Popular Posts