Warkah buat Che...
As salam...
Hari ini, 7 Mac 2017, Che membawa diri, mencari ketenangan, mencari kekuatan, mencari kembali diri Che yang cekal seperti Che pada tahun 2003/04...
Tahun sebelum itu Che terkandas dalam pelajaran, apabila kolej yang Che belajar, rupanya telah menipu Che dan kawan-kawan lain dengan tidak mendaftar nama Che dan kawan-kawan di sebuah universiti terkemuka di Malaysia...
Che mengambil keputusan untuk kembali ke kampung...mak dengan abah tidak habis-habis memberi dorongan dan kekuatan kepada Che...setelah di timbang tara, pada tahun 2003, Che sambung belajar di tingkatan 6 di sebuah sekolah swasta...masa tu, Che bertekad nak balas jasa mak abah, Che harungi macam-macam dugaan, tapi Che tabah jua, cekalkan hati, Che nak berjaya dan Alhamdulillah, Che berjaya mendapat keputusan yang baik...syukur...berkat doa mak dan abah...
Kini, Che ingin sangat menjadi Che yang dulu, biar apa rintangan Che dapat patahkan, Che yang sekarang, seakan rapuh, seakan lemas, seakan hilang arah...
Che 2017, bangunlah, jadilah Che 2003/04, ingatlah, Che bukan seorang yang mengalah walau Che tahu, Che akan kalah...Che kena kembali kepada Che yang dulu...yang keras hati, yang sanggup hadapi apa jua rintangan, yang akan telan apa jua kata-kata, yang sentiasa positif...
Ingat kata ex-bos Che tahun 2009..."I suka u, sebab u positif, ceria, u suka senyum, u gedik, u suka gelak"'...tapi Che sekarang, seakan lupa semua tu...Che harus bangun, harus terjah apa jua rintangan di hadapan...
Kembalikan aura positif Che, kembalikan Che yang suka senyum, kembalikan diri Che...kembalikan keyakinan Che...cekal, tabah, riang, kanak-kanak ribena...
Che kena ingat Allah, Allah uji, sebab Allah sayang...Allah rindu Che tu...
Senyum selalu...
Comments