Biarkan Aku Bahagia B14

Biarkan Aku Bahagia
Bab 14

"Kenapa adik pengsan semalam, terkejut ke?". Puan Asma menyoal Salina ketika mereka sarapan.

"Aah dik, kalau ye pun terkejut, jangan sampai pengsan, malu betul". Sampuk Kak Za. Dia tersenyum.

Salina hanya diam, tidak menjawab. Dia masih berasa sakit hati dan amarahnya semakin meluap-luap.

"Adik diam ni kenapa, sakit lagi ke, kalau sakit, ambik ja cuti". Puan Asma kembali menyoal dan memberi cadangan.

"Malas nak mohon cuti, nanti bos marah". Balas Salina perlahan.

"Eh, kau lupa ka dik, tu bos kau depan mata tu ha". Kak Mira memuncungkan mulutnya ke arah babah, Encik Zul.

Salina terlupa, dia bekerja dengan ayahnya sendiri. Banyak sangat dia berfikir hingga lupa keadaan sekeliling.

"Ye la dik, kalau tak sihat lagi, ambik ja cuti. Lagipun cuti ada banyak lagi". Encik Zul memberi kebenaran. Dia tahu, walaupun Salina anaknya, tetapi Salina tidak mengambil kesempatan ketika bekerja. Salina sangat bertanggungjawab, malah banyak membantu menyelesaikan kes-kes melibatkan kewangan syarikatnya.

"Tak pe babah, kalau dok saja lagi adik tak sihat". Salina menolak. Babahnya sekadar mengangguk tanda hormat dengan keputusannya.

"Ni kak, sibuk tanya adik cuti, kak tak keja ke?". Puan Asma memandang Kak Za.

"Hari ni kelas lewat sikit mak, lagipun baru jam lapan suku pagi, awal lagi, bukannya jauh pun". Kata Kak Za sambil menyuap nasi lemak masakkan Puan Asma.

"Abang, hari ni tak keja kan, nak stay sini ke, nak balik?". Soal Kak Za kepada suaminya, Ali. Ali kerja di sebelah Pulau Pinang, Seberang Prai, jadinya hari ini hari Ahad, dia masih bercuti.

"Balik kejap lagi, dah rindu pokok-pokok di rumah". Balas Ali. Dia memang sangat sukakan pokok. Dia menanam pokok di sekeliling rumah. Jika dia bekerja luar kawasan, isterinya atau orang yang diupah akan menjaga pokok-pokok tersebut. Selalunya orang yang diupah akan menjaganya kerana isterinya akan pulang ke rumah mak ketika dia ada kerja luar kawasan. Mereka belum dikurniakan anak walaupun telah lima tahun mendirikan rumah tangga.

"Kalau macam tu, yang terus balik Bertam la petang ni". Kata Kak Za. Mereka membeli rumah di Bertam kerana ingin berdekatan dengan tempat kerja dia dan Ali.

"Mak, babah, adik nak gerak dulu, takut lambat masuk pejabat". Salina menyalami semua kecuali abang iparnya. Sekadar mengangguk kepala tanda hormat.

Ketika di dalam kereta, Salina menerima whatsapp daripada seseorang.

"Aku nak jumpa kau, jangan sampai aku buat kecoh di pejabat kau, jumpa aku di Taman Jubli Perak, jam 11 pagi".

Salina mengerutkan dahi tetapi dapat menganggak orang yang menghantar whatsapp tersebut. Salina mendail satu nombor telefon ketika tiba di pejabat.

"Assalamualaikum, kak, adik nak tanya ni, kak ada bagi nombor ada kepada siapa-siapa ke?".

"Aah, Kak Za minta semalam, lupa pulak kak nak cakap kat adik, kenapa dik?". Tanya Kak Za dihujung talian.

"Tak de apa-apa kak, ok kak, terima kasih". Salina terus meletakkan telefonnya.

Betul agakkannya. Mesti Hafiz yang menghantar pesanan tersebut.

"Kau ni kenapa, muka monyok ja dari mula masuk pejabat tadi?". Soal Alin tiba-tiba.

"Tak de apa-apa, penat sikit kot". Salina cuba berdalih.

"Kau dah sarapan, tu Mamat nak keluar hantar surat, boleh kirim sekali". Alin menunjukkan ke arah Mamat budak pejabat.

"Tak pe la, aku dah makan tadi kat rumah. Eh, kejap lagi dalam pukul 10.30 pagi, aku nak keluar kejap".

"Eh, kau tu bos kat sini, tak perlu minta kebenaran pun". Balas Alin sambil ketawa.

"Aku bagitau nanti takut kau cari, tak pe nanti aku minta izin babah aku". Salina tersenyum. Walaupun dia bos di cawangan tersebut, dia sebolehnya mahu menunjukkan sifatnya yang baik kepada anak buahnya.

"Aku pelik la, kau sebagai Pengarah Kewangan kena la duduk cawangan utama, tetapi kenapa kau duduk cawangan ni?". Tanya Alin tiba-tiba.

"Kau ni, dah tiga tahun keja baru nak tanya, aku malas nak dok sepejabat dengan babah la, lagipun cawangan ni kan tak de pengurus, tu yang babah hantar aku sini masa aku minta tak nak sepejabat dengan babah, sana pun dah ada kerani kewangan, dan lagi satu, cawangan utama bukannya jauh sangat pun, 20 minit ja pun". Panjang lebar jawapan Salina. Dia harap Alin berpuas hati.

Alin tersenyum dan mengangguk. Sebenarnya dia turut bersyukur kerana di terima bekerja di situ, dengan zaman ekonomi yang kurang memberangsangkan. Dia ingat Salina main-main ketika meletakkan syarat kepada babahnya. Jawatan di tawarkan pun bukan calang-calang, Timbalan Pengarah Kewangan. Walaupun kerjanya memerlukan dia ke setiap cawangan, tetapi dia seronok kerana Salina memberi kebebasan asalkan kerja siap sempurna.

Bersambung...

Comments

Popular Posts