Biarkan Aku Bahagia B15

Biarkan Aku Bahagia
Bab 15

Salina memandu keretanya ke tempat yang telah ditetapkan. Rasa debar di hati tidak dapat di tanggung. Rasa marah juga masih kuat di hatinya. Ikutkan hati, tidak mahu dia berjumpa Hafiz, namun mengingatkan ugutannya, membuatkan Salina terpaksa berjumpa. Dia tidak mahu pekerjanya tahu mengenai masalah yang dihadapinya.

"Tepat masa kau sampai, aku ingatkan kau lembap macam dulu". Hafiz memberi kata sinis kepada Salina.

"Ada apa kau nak jumpa aku". Ada getar pada suara Salina. Menahan marah.

"Sebelum tu, kau semakin cantik sekarang ni".

"Kau baru tahu ke aku cantik?". Salina langsung tidak memandang Hafiz.

"Sebab kau gunakan kecantikan kau la nak perangkap aku. Hey pompuan, aku tak ingin la kau jadi isteri aku, dari dulu lagi aku tak suka kau". Hafiz melepaskan rasa marahnya.

"Habis tu, kau ingat aku nak kau, aku kalau ludah, tak jilat balik!". Salina tidak mengalah.

"Ni mesti rancangan kau kan, nak kawen dengan aku dari dulu lagi, jangan kau mimpi di siang hari".

"Kau jangan main tuduh-tuduh, aku tak tahu langsung pasal hal ni". Salina mula naik angin.

"Hey, aku benci la tengok pompuan macam kau ni". Hafiz mula provok dengan kisah lama.

"Aku jijik pandang kau". Jerit Salina membuatkan Hafiz terpaku. Salina mula menangis. Hafiz mulai gelabah. Dia terus meninggalkan Salina.

Salina menangis sepuasnya di dalam kereta. Dia menarik nafas setelah dapat mengawal emosinya. Nasib orang tidak begitu ramai ketika itu.

            *****************************

Ketika Salina selesai makan malam bersama Alin, dia menerima panggilan daripada maknya.

"Assalammualaikum adik, buat apa tu". Suara maknya ceria membuatkan hati Salina berdebar.

"Baru lepas makan malam mak, mak dah makan?".

"Dah...ni dik, tadi keluarga Hafiz ada call babah, mereka nak datang meminang Sabtu ni, mak dah terima, jadi adik balik yer sini".

Debaran Salina semakin memuncak. Airmatanya menitis. Belum pun reda peristiwa siang tadi, kini dia menerima berita yang sangat mengejutkan.

"Kau ok ke ni?". Alin ternampak mata Salina berair.

"Tak de apa-apa, mata aku masuk habuk tadi". Salina buat-buat menggosokkan matanya. Dia belum bersedia menceritakan kepada Alin apa yang telah berlaku sehari dua ini.

"Mai sini nak tengok, aku letakkan eye mo".

"Eh tak pe, kejap lagi ok la ni". Salina mengelak. Dia bersyukur, Alin mengambil berat tentang dirinya. Alin seperti ahli keluarganya dan kerana itu, Salina mengajak Alin tinggal bersamanya dalam rumah yang dia beli. Pada mulanya Alin keberatan, namum akhirnya dia mengalah atas desakkan Salina dan Puan Asma. Cuma ketika ke pejabat, mereka membawa kereta masing-masing bagi memudahkan kerja jika ada hal di luar kawasan.

"Aku masuk tidur dulu". Salina memandang Alin. Berat kepalanya memikirkan masalah. Dia mahu berehat.

"Ambik wuduk, kalau hati tak tenang, solat sunat sebelum tidur". Alin seperti tahu Salina mempunyai masalah. Salina sekadar mengangguk lemah.

"Ya Allah, Kau kuatkanlah diriku, untuk menghadapi segala ujian ini. Jangan Kau tewaskan aku. Aku tahu Kau merindui rintihan aku, aku mohon Kau sentiasa lindungi Aku daripada segala kelemahan, kerana Kaulah tempat aku meminta dan mengadu". Salina berdoa bersungguh-sungguh sehingga berderai airmatanya setelah solat sunat dua rakaat. Dia mengaminkan doanya dan masih berteleku di atas sejadah. Dia merasa tenang ketika itu.

Bersambung...

Comments

Popular Posts