Biarkan Aku Bahagia B1
Biarkan Aku Bahagia
Bab 1
Deruan ombak, membisik ke telinga, tidak mampu menenangkan gelojak jiwa yang semakin pening dengan karenah manusia yang kurang kasih sayang. Ingin hapuskan rasa duka namun memori yang terukir di minda tidak mungkin luput. Sesekali ia singgah di minda, sakitnya bagai merentap seluruh jiwa.
"Aku terima takdirku, aku cuba redha, namun aku perlu kekuatan". Suara hati Salina memohon kekuatan.
Peristiwa lima tahun dahulu masih mengintai di kotak fikirannya. Tidak menyesali namun ia amat perit untuk gadis sepertinya. Masih terkenang-kenang.
"Hafiz, awak boleh lakukan, awak boleh!". Kata Salina, gadis hitam manis, sedikit gempal tetapi manis dipandang. Gadis bertudung berusia 20 tahun itu sentiasa ceria, tersenyum, positif, malah banyak membantu kawan-kawan terutama yang dikasihi. Seorang gadis daripada keluarga agak berada, namun memilih untuk berdikari.
"Ala, saya penat la, bukan senang nak kuruskan badan". Balas Hafiz, jejaka berbadan gempal tetapi berperangai kebudak-budakan. Sama usia dengan Salina, namun Salina lebih matang.
"Awak jangan berputus asa ok, awak kan nak jaga kesihatan, kata nak hensem?". Tersengih Salina memberi kata-kata semangat.
Untuk Hafiz, segalanya Salina sanggup, bak kata orang, lautan api pun sanggup Salinan renangi. Padahal Salina bukannya reti berenang pun.
Hafiz terus berlari-lari anak, manakala Salina menaiki basikal mengekori Hafiz sambil memberi kata-kata semangat. Hafiz sebenarnya tercabar dengan kata-kata bekas teman wanitanya, Nadia.
"Hey, u takkan kurus, u tak pernah boleh kurus, asyik makan, makan, makan, tu ja u tau."
"Ala, bukan mati pun badan I macam ni, biaq la, janji kita dua bahagia". Hafiz masih mempertahankan saiz badannya.
"No, u mesti kuruskan badan, kalau tak..." belum sempat Nadia habiskan kata-katanya, Hafiz memotong.
"Kalau tak, u akan tinggalkan I, betul?".
"Ha, I akan tinggalkan u".
"Tinggalkan la, tak kisah, I lagi rela u tinggalkan I dari makanan tinggalkan I, boleh mati ooo tak makan". Hafiz dengan makanan ibarat isi dengan kuku.
Mendidih hati Nadia.
"Baik, itu yang u mau kan. U dengar sini, I berani kata, u memang takkan berubah, u memang takkan ada awek sampai u mati." Nadia tersenyum sinis, mengejek.
"Arggggggghhhhhh".
"Hafiz, kenapa awak menjerit ni, awak ok ke ni?". Tanya Salina.
Baru Hafiz perasan, dia mengelamun tadi. Sakit hati menyebabkan dia termenung jauh.
"Huh, tak dak apa-apa, jom la balik, aku penat". Jawab Hafiz kasar.
Terkebil-kebil mata Salina. Perangai Hafiz memang sukar di jangka.
"Haih, nasib aku sayang kau, kalau tak, lama dah aku blender kau". Kata Salina dalam hati sambil membayangkan Hafiz berputar dalam mesin pemutar. Tersengih Salina.
"Kau ni dah kenapa, tergelak, gila?". Hambur Hafiz, marah.
"Ala, nak berangan sikit pun tak boleh". Salina berkata seperti berbisik sambil tergelak kecil.
"Dah, kalau kau tak mau balik, aku balik dulu, lantak kau la".
Terkial-kial Salina mengayuh basikalnya sambil mengejar Hafiz. Hafiz, kalau marah, memang ber "aku", "kau", dan tidak akan menjaga perasaan orang sekeliling. Mereka berpisah bergerak ke kolej masing-masing.
"Malam ni nak "dinner" tak?". Tanya Salina sebelum berpisah.
"Eh, kau tak faham ka, aku tengah diet?". Jerkah Hafiz.
Terkejut Salina. Malu, dipandang oleh orang sekeliling.
"Mangkuk punya jantan, boleh dia jerkah aku, aku sumpah kau jadi mangkuk tingkat".
Tiba-tiba Hafiz berubah jadi mangkuk tingkat. Lebih mengejutkan, Salina memegang mangkuk tingkat tersebut.
"Ha, senang sikit nak letak makanan dalam mangkuk ni, banyak yang aku boleh makan". Ketawa Salina.
Tiba-tiba.
"Aduh". Panjang jeritan Salina.
Rupa-rupanya Salina terjatuh dalam longkang. Bertambah malu Salina kawan-kawan kolej gelakkan dia. Nasib tak ramai yang melihatnya.
"Tu la kau, berangan tak habis-habis, nasib tak gegar kolej ni ha". Usik kawan-kawan kolej sambil mengangkat Salina.
Salina tak pernah ambil hati pun dengan usikan kawan-kawan kolejnya kerana mereka selalu membantu Salina. Malah mereka juga sangat menyenangi Salina keran sifat Salina yang suka membantu.
Bersambung...
Comments