Warden 11
Semua pelajar telah bersedia berkumpul di atas, di tempat yang telah di tetapkan. Semua datang ke asrama dengan wajah yang baru, ye la, potong rambut, ada yang pakai baju baru. Baru lepas cuti raya puasa, semuanya baru.
Seperti biasa, mulut mereka tidak dapat diam. Selagi boleh bercakap, mereka akan bercakap.
"Ketua sekolah, kira". Ketua sekolah faham apa yang cikgu maksudkan.
"Cikgu, sekolah saya tak cukup lagi 3 orang, tak sampai lagi cikgu".
"Oh, Amran, pak dia call tadi, kata dia demam, esok baru mai, lagi dua, satgi saya minta cikgu lain call". Balasku.
"Cikgu, sekolah saya cukup".
Ketua-ketua sekolah yang lain pun memberi jawapan yang sama.
Para cikgu akan begitu teliti membuat kiraan, menelifon waris pelajar yang belum sampai, agar ketahui keadaan semasa.
"Ok, kalau semua dah siap, turun bawah, masuk surau, sapa yang belum ambik ayaq semanyang, ambik siap-siap". Aku memberi arahan.
"Baik cikguuuuuuuuuu". Panjang betul sebutan Cikgu, mereka mengusik.
"Sapa nak azan?".
"Saya cikgu". Ahmad mengangkat tangan.
"P depan, Iman, jadi imam, Nikmi baca doa". Aku menyebut beberap nama.
"Ok, dah masuk waktu, azan".
Tiba-tiba. Allahuakbar tetapi jadi versi takbir. Habis semua gelak, termasuk aku. Gelak sampai sakit perut. Si tukang azan pun gelak sekali, tetapi dengan merah padam mukanya.
"Mentang-mentang baru habis raya, lupa terus macam mana nak azan, ok, azan balik, tapi yang betul, bukan takbir". Kataku sambil tersenyum.
Setelah azan berjaya dilaungkan dengan betul, solat pun didirikan. Cikgu pun turut solat, namun dibelakang. Kadang-kadang cikgu menjadi imam. Satu kerana hendak mengajar pelajar belajar menjadi imam, bilal, baca doa, sambil dipantau oleh cikgu. Kedua:- ada pelajar bertanya, kenapa cikgu tak selalu jadi imam.
"Sebab kamu la, kamu, kalau cikgu-cikgu jadi imam, kamu bersembang kat belakang, gelak-gelak, main-main, lepas tu solat semua ke mana, semua dapat dosa". Terangku panjang lebar.
Pelajar-pelajar tersengih seperti mengakui kataku. Mereka semua perlu dipantau, diberi didikan, kerana solat adalah tiang agama.
"Diaz, bangun, bagi sedikit tazkirah". Kataku kepada Diaz.
"Nak cakap pasai pa cikgu". Tanya Diaz terkejut.
Pelajar perlu bersedia untuk memberi tazkriah pendek. Pelajar tidak tahu waktu bila nama akan dipanggil.
"Cakap pasai solat pun takpa. Sementara tunggu makanan siap".
"Kita wajib solat walau dalam apa jugak keadaan, walaupun kita sakit".
"Kalau tak solat?". Tanya pelajar lain.
"Berdosa la, Allah marah, nanti Allah tak bagi masuk syurga. Lagipun solat dapat kukuhkan iman, jangan lupa solat". Jawab Diaz.
"Ok, terima kasih Diaz."
"Fuh, lega, lepaih azab saya". Lega hati Diaz.
"Ok, makanan dah siap, jom makan, beratur dulu". Kata cikgu yang lain.
"Cikgu, nak salam dulu".
"Salam tu kan, menghapus dosa kecik, kami nak hapuskan dosa-dosa kecik cikgu". Mereka mengusik.
Amboi, kasaq betoi lawak kamu". Balas ku, tergelak. Aku memang jenis suka bergurau dengan pelajar, selagi mereka tak pijak kepala, aku layankan.
"Kalau saya tak mau salam?".
"Cikgu, saya ulang cikgu selalu kata kata kami, kalau kami lupa salam. Cikgu akan kata, kamu angkuh, riak takbur, bongkak, sombong." Mereka ketawa.
Aku pun turut tergelak. Memang itu perkataanku jika mereka lupa nak salam.
Maka selepas itu, mereka pun berduyun-duyun beratur. Seperti biasa, mulut mereka tidak dapat ditutup. Bising tetap bising, macam bontot ayam kata mak aku, kalau aku dengan adik-adik aku bising.
~huruhara11~
Comments