Warden 12
Melangkah masuk ke dewan makan, mulut pelajar tetap bising, macam setahun tak berjumpa dengan kawan-kawan. Ada saja perkara yang hendak dibualkan.
"Kita tunggu sampai betoi-betoi diam, baru kita ambik makan na, kita tengok dulu lauk-lauk tu". Salah seorang cikgu membuka suara.
Terus pelajar diam. Bab makan pun antara yang mereka pentingkan.
"Kita kena hormat dewan sebelah, orang dok makan, tercekik nanti sebab kamu semua bising". Kataku pula.
Setelah selesai semua pelajar mengambil makanan, mereka duduk di tempat masing-masing.
"Dah duduk tu, jangan bising".
"Adias, baca doa makan". Arah salah seorang cikgu.
"Bismillah".
"Adias sayang, baca kuat sket, kawan-kawan tak dengar". Kataku.
Adias ni pemalu, pendiam. Jenuh jugalah hendak dengar suara dia. Macam ada emas dalam mulut. Setelah doa selesai dibaca denga kuat dan jayanya, para pelajar memulakan santapan masing-masing.
"Ni, kamu mana sayuq?". Tanya salah seorang cikgu bertugas.
"Saya tak makan sayuq cikgu". Jawab pelajar tersebut.
"Tak leh, kena ambik jugak sayuq". Kata cikgu tersebut, sambil menyeduk sayur kepada pelajar tersebut.
"Kamu pun sama, kamu pun, ni kamu pun mana sayuq?".
"Cikgu, kami alergik sayuq". Jawab mereka serentak.
"Tak daknya nak alergik sayuq, masa daftar dulu, tak dak sorang pun tulis alergik sayuq, jangan mengada, p ambik kaih, dak saya buh satu mangkuk tiap sorang". Kataku.
Kelam kabut pelajar bangun ambil sayur. Macam-macam alasan kalau disuruh memakan sayur. Paling tak boleh terima, alasan sama dari awal tahun sampai tengah tahun.
"Saya harap harap lepas ni, tak dak la pulak alergik nasik pulak no!". Salah seorang cikgu memperli.
"Mati la cikgu, kalau tak makan nasik, boleh ketaq satu badan". Jawab salah seorang pelajar sambil tersengih.
Pelajar lain turut tergelak. Kembali bising dewan makan.
"Ok, ok, teruskan makan, mana satu la kamu ni, nak makan ka, nak cakap?".
"Ok, sebelum kamu gerak ke bilik study, cikgu-cikgu nak check bawah meja kamu". Semua cikgu bertugas bergerak ke arah meja pelajar.
"Ni ha, sayuq sapa ni bawah meja, sapa tak ngaku, satu meja ni, kita denda, dah ka buang bawah meja, kat dewan makan, kotoq, hantaq p Palestin baru tau, sini makan mewah, sana nak makan pun susah". Bebel salah seorang cikgu.
"Yang mana, tak terlibat, dah jom ikut cikgu p bilik study". Kataku.
Para cikgu bertugas perlu berada dimana saja pelajar berada. Jadinya, yang perlu menjawab sayur yang dibuang bawah meja, akan bersama cikgu yang terlibat, selebihnya akan bersama cikgu lain.
"Cikgu, saya yang buang cikgu". Salah seorang pelajar mengaku sambil tertunduk.
"Kamu ni, tak baik tau buat makanan macam tu, berdosa, lagipun sayuq baik untuk kamu, untuk pembesaran kamu, untuk perkembangan otak kamu". Cikgu itu memberi nasihat.
Pelajar tersebut mengangguk.
"Ok, ini amaran terakhir, kalau kamu buat lagi, kita tengok apa yang patut kamu buat nanti". Kata cikgu tersebut.
Pelajar-pelajar di asrama, akan diberi nasihat, kerana mereka ini kadang-kadang inginkan perhatian.
Selalunya, hampir ke semua pelajar tidak makan sayur, seperti sayur itu sejenis racun pula bagi mereka. Siap ada yang memuntahkan semula. Pelik bin ajaib, mungkin generasi masa kini tidak begitu gemarkan sayur. Jenuhlah, kalau semua alergik sayur, maka ramailah berduyun-duyun mendaftarkan diri di hospital.
~huruhara12~
Comments