Warden 7
"Cikgu, minggu balik kampung, kan?". Tanya salah seorang pelajar tiba-tiba.
"Balik, In shaa Allah". Aku membalas.
"Boleh dak, saya tak mau balik". Pelajar itu berkata sambil tersenyum.
"La awat, orang lain semua seronok nak balik, kamu nak dok sini."
"Saja ja cikgu, kalau balik rumah, tak dak kawan sangat". Balas pelajar tersebut.
"Kat sini pun, masa balik kampung, bukan ada sapa, nak dok dengan sapa?". Aku berkata, tak tahu sama ada memujuk atau saja berkata-kata.
"Ala, cikgu kan ada, saya dok dengan cikgu la". Jawab pelajar.
"Aih, cikgu semua balik, masa kamu cuti la, cikgu nak berehat".
"Ya ka, tak pa la lagu tu". Jawab pelajar berlalu.
Itulah keadaan ketika di asrama waktu minggu balik kampung. Ada yang teruja nak balik, ada yang tak mahu balik. Tetapi cikgu-cikgu kena ada kemahiran memujuk untuk menangani pelajar-pelajar seperti tersebut. Namun paling mencabar bagi cikgu-cikgu pada minggu balik kampung adalah ketika pelajar-pelajar pulang ke asrama. Ya, di sini segala kemahiran cikgu-cikgu adalah di tahap paling maksima.
"Tak mau balik, tak mau balik asrama". Salah seorang pelajar mengamuk, sambil memegang baju ibunya.
"Kena la balik, jangan buat mak macam ni". Kata ibu pelajar, memujuk.
"Sali, mai sini, jangan teriak, mai sini, mai sini". Seorang cikgu memujuk.
"Saya kata tak mau, tak mau la, saya nak balik". Balas pelajar tersebut.
"La, kalau tak mau mai, tadi awat tak teriak kat rumah, kat sini nak teriak pulak?". Balas cikgu.
Keadaan masa itu agak kelam kabut kerana waris-waris serta pelajar lain telah mula sampai. Ketika pelajar tersebut sedikit terleka, cikgu-cikgu bertugas memegang pelajar. Terus membawa pelajar ke dalam dewan.
"Takpa puan, balik dulu, nanti kami tengokkan Sali". Kata cikgu sambil membawa masuk pelajar ke dalam dewan.
"Ya baik cikgu". Jawab si ibu, sayu. Sayu sama ada tak sanggup berpisah dengan anak atau kerana anak membuat perangai.
Sebenarnya tugas cikgu-cikgu bertugas menjadi agak mudah, jika ibu bapa kepada anak-anak yang membuat perangai memang mahu anaknya terus berada di asrama. Anak-anak ni sebenarnya, akan buat perangai ketika ibu bapa ada di depan mata. Apabila ibu bapa dah pulang, mereka bertukar watak lain pula.
Selalunya pihak asrama akan menghadapi masalah tersebut ketika pelajar darjah 5 dan pada awal-awal kemasukan pelajar ke asrama. Selepas pertengahan tahun, semua kembali normal.
Sebenarnya, tahap kesabaran dan kemahiran para cikgu yang paling maksima adalah ketika kemasukan pelajar batch kedua. Tetapi itu memang kenangan paling indah buat semua cikgu yang bertugas ketika batch yang kedua.
Cikgu yang mengejar pelajar ketika pelajar tantrum, baik mengaku cepat.
Comments