Warden 5

"Ya Allah, apa yang bau hancing sangat ni, sapa yang kencing ni?". Aku bertanya sambil menekup hidung, nak termuntah. Ni kalau aku bau lagi ni, mau koma 2 3 hari ni.

"Dia kencing cikgu, dia takut nak p jamban". Kata seorang pelajar sambil menunding jari ke arah seorang pelajar di hujung bilik.

"Awat kamu tak p jamban, jamban sebelah bilik kamu ja". Kataku. Aku rasa macam nak pitam, hancing terus masuk ke otak, tak dak oksigen oiii. Senak otak.

"Bukan cikgu, saya memang tak sedaq, tu memang dari dulu lagi". Balas pelajar tu, jujur. Tapi memang betul pelajar ada masalah kencing malam. (Diketahui, selepas perjumpaan waris. Pihak asrama bukan nak memalukan pelajar, tapi hendak sama-sama membantu waris dalam menangani masalah pelajar).

"Aih, tak pa la, p rendam cadaq kamu, pastu angkat tilam, jemuq kat luaq, jangan letak sini, habis semua mati nanti, naya...yang lain jangan dok melangut, p mandi." Aku memberi arahan.

Depa ni, kalau bab nak melangut, memang nombor 1. Pagi-pagi masa kejut nak ke sekolah, macam-macam ragam. Ada yang dah kejut, bangun, terus bersiap, ada yang melangut, ada yang lena balik. Aih, boleh jadi tarzan tau bila melayan karenah depa.

Bab lena, ada yang boleh lena di celah-celah katil. Masa awal-awal tu, tak perasan, bila dah selalu buat tu, cikgu-cikgu dah tau la.

"Ni mana Adil, tadi saya dah kejut, dia mandi dak lagi?".

"Tak tau cikgu, tak nampak pun". Balas seorang pelajar.

"La, cari cepat". Aku pun sama cari.

Intai-intai katil, dah macam mengedap anak dara orang, mau kena cucuk mata kalau betul. Tengok-tengok nampak kaki di celah katil.

"Adil, cepat bangun". Aku mengejut.

"Dak aih, saya tak lena aih, saya tersepit celah katil ni la cikgu". Balas Adil yang sememang loyar buruk.

Aku tak tau nak marah ka, nak gelak.

"Dah, p basuh muka".

Bila pelajar bersiap, semua akan berkumpul.

"Sekolah 1?". Aku bertanya.

"Cukup cikgu". Balas ketua sekolah.

"Sekolah 2?".

"Cukup cikgu".

"Sekolah 3?".

"Cukup cikgu".

"Sekolah 4?".

"Cukup cikgu".

Semua ketua sekolah memainkan peranan masing-masing.

"Ok, semua solat, lepas tu sarapan".

Setelah selesai, semua, ketika nak naik bas sekolah masing-masing, di sinilah huru-hara akan terjadi.

"Cikgu, sekolah kami tak cukup lagi". Kata ketua sekolah.

"La, p mana, p cari kaih, nak p sekolah dah ni".

Maka bermarathonlah ketua sekolah mencari anak buahnya.

"Cikgu, dia tidoq ni ha".

"Kejut cepat, satgi tinggai, baru ada akai". Aku balas.

"Cikgu, bas 1 dah cukup".

"Ok, dah boleh jalan".

"Bas 2 pun dah cukup cikgu".

"Ok, pak cik bas, jalan".

"Sat-sat, pak cik sat, buku saya tertinggai".

"Cepat-cepat p ambik".

Masa huru-hara ni, akan manisnya, bila pelajar-pelajar melambai cikgu-cikgu bertugas di dalam perut bas. Macam anak-anak.

Manisnya lagi, ketika berjalan ke bas masing-masing, apabila pelajar nyanyi, salam cikgu-cikgu sebelum naik bas.

"Melepaskan mu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini, pabila kenangan mengusik jiwa dan hati"...

"Jika engkau minta intan permata, tak mungkin ku mampu, tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu"...

"Tak sanggup ku dibohongi, ku rela dijemput Ilahi"...

Tu antara bait-bait lagu yang depa suka nyanyi.

Tapi bila cikgu minta nyanyi lagu sekolah, nah, terdiam terpaku, aku tengok dia, dia tengok aku. Hampeh.

~huru-hara 5~

Comments

Popular Posts