Warden 13

Hujan di luar semakin lebat. Tiada tanda akan berhenti. Lusa, peperiksaan UPSR akan berlangsung. Kerisauan mula bertandang di hati semua terutamanya para cikgu sekolah dan asrama. Hanya doa yang mampu dilafazkan, agar tiada perkara buruk yang terjadi.

Keesokan hari selepas pulang dari sekolah.

"Cikgu, cikgu, sekolah kami dah banjir".

"Ha cikgu, habis ayaq naik, sampai betis".

"Cikgu, esok macam mana kami nak jawab exam?".

Sebaik turun dari bas, suasana di hadapan pintu pagar asrama agak bising. Pelajar mula risau kerana sekolah masing-masing telah dinaiki air.

Para cikgu asrama masih bertenang agar dapat mengawal keadaan.

"Takpa, takpa, p makan dulu, lepaih makan, semua kumpul kat dewan". Kataku menenangkan keadaan.

Ketika waktu makan, seperti biasa, mereka tetap bising, namun kebisingan kali ini berkisar mengenai banjir dan UPSR.

"Dah tu, makan dulu, semua tenang dulu". Cikgu bersuara.

Selepas semua makan, pelajar berkumpul di dalam dewan.

"Cikgu, esok macam mana?". Kata salah seorang pelajar.

"Sat-sat, bagi semua kawan-kawan kamu ada dalam dewan dulu". Kataku.

Keadaan di dalam dewan mulai bising, semua pelajar membuat muka risau kononnya.

"Ok, pelajar, mohon diam sat".

"Untuk kamu semua, saya harap kamu tumpu ja nak menjawab peperiksaan esok, pasai banjir tu, biaq cikgu nak uruskan". Kataku.

"Tapi cikgu...". Kata  salah seorang pelajar namun dipotong oleh salah seorang cikgu.

"Tapi kenapa, kamu harap UPSR tunda?". Ternampak pelajar senyum ada yang menggangguk.

"Dah agak, jangan berangan, esok tetap UPSR ada". Balasku sambil tersenyum.

"Pasai esok, kamu jangan risau, cikgu sekolah dah mesej, esok boleh pakai pakaian sukan. Seperti yang cikgu cakap tadi, pasai esok jangan risau. Kamu hanya fokus kepada nak jawab exam saja, yang lain cikgu-cikgu uruskan". Jelasku panjang lebar.

Sekolah yang terlibat dengan banjir, lori askar disediakan. Pelajar akan dibawa sehingga ke sekolah, sehingga ke dewan peperiksaan. Cikgu-cikgu sekolah sedia menanti. Cikgu-cikgu asrama setia menunggu sehingga pelajar selamat sampai ke dewan peperiksaan.

Pada tahun yang lain, di hari terakhir peperiksaan UPSR. Turun dari bas, terdapat pelajar yang menangis, dan ada yang tidak berpuas hati. Tahun tersebut para pelajar terpaksa menduduki peperiksaan Matematik dan Bahasa Inggeris sekali lagi.

"Cikgu, kami kena ambik exam sekali lagi, penat la cikgu, nak study". Kata pelajar tersebut sambil menangis.

"Cikgu tau, takpa kamu sabaq dulu, p masuk dewan". Kataku.

Setelah semua pelajar berkumpul, Puan Guru Besar memberi sedikit kata-kata motivasi.

"Ok, esok dah mula cuti seminggu, kamu semua balik kampung dulu, tenangkan fikiran dan jangan fikirkan apa. Ingat, apa yang terjadi ni, semua ada hikmah. Allah dah tulis, kita sebagai umat Islam kena redha". Puan Guru Besar memberi kata-kata semangat.

"Ok, sekarang kamu naik berkemas. Cikgu-cikgu, saya nak berjumpa di pejabat".

Di pejabat.

"Saya harap cikgu-cikgu dapat memberi kata semangat kepada semua pelajar". Puan Guru Besar memohon kepada para cikgu. Semua cikgu mengangguk.

"Dah la tu, jangan menangis, in shaa Allah, kali kedua kamu boleh jawab lagi". Aku memujuk salah seorang pelajar yang menangis.

"Dak cikgu, penat dah study sebelum ni, ingat lepas habis UPSR hari ni, tak perlu nak buka buku, dah tenang la nak bercuti". Katanya.

Masa ni, emosi pelajar sedikit berkecamuk, jadinya para cikgu perlu sekadar menjadi pendengar yang setia sambil memberi sedikit kata-kata motivasi.

"Tak pa, balik ni, kamu jangan buka buku langsung, main, p tangkap ikan, tengok wayang dulu. Tarikh exam kali kedua pun lambat lagi". Itu mungkin kata-kata terbaik aku setakat ini pada waktu itu.

Pelajar tersebut sedikit tersenyum. Mungkin sedikit lega.

Tahun seterusnya...

"Tahun ni, UPSR 6A, jadinya kamu 1st batch tahun 6 yang akan mendudukinya". Kata itu terkeluar dari mulut Puan Guru Besar.

Pelajar-pelajar batch tersebut belajar bersungguh-sungguh kerana tahun tersebut adalah tahun "GENTING" buat cikgu-cikgu dan semua pelajar tahun 6. Hal ini adalah kerana sepanjang 5 tahun mereka bersekolah, silibus mereka adalah berlainan dari pelajar tahun-tahun sebelumnya. Ketika pelajar masuk darjah 6, silibus mereka bertukar sekali lagi. Sedikit huru-hara di situ, namun perjuangan perlu di teruskan.

"Cikgu, exam hari ni, tak sama langsung dengan cikgu ajaq dalam kelas". Kata salah seorang pelajar selepas habis kertas Bahasa Melayu.

"Takpa, kamu jangan fikir lagi, teruskan untuk exam seterusnya." Kataku.

Pada hari akhir peperiksaan.

"Cikgu, exam tahun ni susah la, jenuh kami nak jawab, ada soalan yang kami tak boleh nak jawab." Seolah-olah pelajar tersebut kecewa.

"Tak pa, saya yakin kamu dah buat yang terbaik, yang lain, kita serah kat Allah".

Dalam memujuk pelajar, para cikgu juga harus memujuk hati, agar tidak terbawa-bawa dengan sistem peperiksaan yang semakin mencabar.

Cikgu menangis, siapa yang tahu. Lalala...

~huruhara13~

Comments

Popular Posts