Puteri Gunung Lawa 1...
Cerita 1
Adanya sebuah negeri yang aman damai, kaya raya, rakyat hidup bahagia di bawah pimpinan sultan yang adil. Negeri di beri nama Mayang. Rakyat jika hari kelapangan bermain konda kondi, terjun sungai, lepak-lepak di warung-warung bergosip mengenai artis yang bercerai, artis tak cukup kain, tidak pun membincangkan topik seperti bagaimana mahu menegakkan benang yang basah, bagaimana hendak memakan daging saudaranya sendiri. Ye lah, negeri aman makmur, kaya raya, tak perlu risaukan ekonomi. Adapun anak-anak kecilnya pula bermain aci ligan, lompat getah, "hide and seek" ataupun bemain kawen-kawen.
Sultan Muda negeri tersebut sangat suka bermain dengan rakyat jelata, ye la, bak kata orang ada-ada, sultan dan rakyat berpisah tiada. Adapun suatu hari, Sultan Muda menitahkan sahabat baiknya yang bernama Hang Henit dan Hang Labu mengadap.
"Ampun tuanku, sembah patik harap di ampun, awat tuanku memanggil patik yang comel ini?".
"Saya bosan la lepas habis exam untuk umuq 12 tahun ni, semua kelas dah habis, jadinya...". Sambil memikir. Sultan Muda membahasakan dirinya "saya" kerana sudah rapat dengan mereka berdua.
"Tuanku bosan, apa kata tuanku masuk kelas tarian ka, dak pun masuk pertandingan nyanyian, sekarang banyak pertandingan seumpama itu tuanku, besalah, dunia nak kiamat". Balas Hang Henit.
Hang Henit memang loyar buruk, tetapi cerdik. Manakala Hang Labu pendiam tetapi tangkas. Manakala Sultan Muda sangat beramah mesra. Oleh itu mereka sangat rapat.
"Kamu ni, ada saja benda tak masuk akal. Saya nak kamu pergi cari Puteri Gunung Lawa. Saya nak berjumpa dengan dia." Balas Sultan Muda.
"Puteri Gunung Lawa?". Balas Hang Labu.
"Ya la, kenapa"? Sultan Muda memandang Hang Labu. Hang Labu menggeleng.
"Cari Puteri?" "Awat tuanku tak call, dak pun wasup ja, kan tuanku ada nombor puteri tu?". Kata Hang Henit memberi idea.
"Tak boleh, kita mesti ikut adat, monyang-monyang saya dulu nak cari tuan puteri semua menempuh dugaan dan halangan, barulah best". Balas Sultan Muda.
"Tuanku, yang menempuh dugaan dan halangan dulu bukan sultan-sultan tu, tapi hulubalang-hulubalang". Balas Hang Henit.
"Kamu ni, ada saja jawapannya". Tak! saya mau kamu cari".
"Kalau macam tu, tuanku bagi gunakan jet ka, dak pun kereta yang tuanku ada senang sikit nak p cari". Kata Hang Henit.
"Tak, tak boleh, itu semua hak rakyat, kita tidak boleh gunakan untuk hal peribadi, tidak amanah namanya, itu apa yang Sultan Besar, ayahanda saya cakap. Nanti rakyat tak percaya, susah la. Lagipun, masa ni la kamu nak praktiskan segala kemahiran kamu tu".
"Ala, jadinya, kami berdua kena jalan kaki la macam tu, penat la tuanku, bukannya dekat, tuanku sedap la duduk di sini. Nanti kaki saya patah macam mana, dak pun masa saya p, ada orang culik saya, macam mana?". Protes Hang Henit.
"Tak daknya sapa nak culik kamu tu. Ish, kalau kamu tak mau tolong, saya hukum kamu, kamu tak boleh makan kambing bakaq, makanan kegemaran kamu tu 3 bulan". Sultan Muda mengumpan dengan makanan kegemaran Hang Henit.
"Ala, tuanku, mana aci macam tu, ye la, ye la, kami p cari". Balas Hang Henit. Sultan Muda tersenyum.
"Tapi tuanku, awat nak jumpa Puteri Lawa tu, nak melamar ka, gatai betoi tuanku, kecik-kecik nak kawen dah". Hang Henit mengusik.
"Ada la hal saya". Balas Sultan Muda tersenyum.
Maka, bermula penggembaraan Hang Henit dan Hang Labu. Dalam penggembaraan itu pun, Sultan Muda ada sertakan wang saku untuk Hang Henit dan Hang Labu, opsss wang itu wang tabungan Sultan Muda sendiri, bukan wang rakyat. Sultan Muda menabung dari muda tau. Jangan salah sangka.
-muka 1-
Comments