Biarkan Aku Bahagia B6
Biarkan Aku Bahagia
Bab 6
"Ala kak ni, dia tu bukan awek adik la, dia bukan cita rasa adik, dah la gemuk, tak reti bergaya".
Masih tergiang-giang di telinga Salina kata-kata Hafiz. Mengguris perasaannya. Sampai hati Hafiz mempermainkan perasaannya. Terluka. Tajam mengalahkan pisau.
"Kau ni dah kenapa, dari semalam lagi, kau monyok, Hafiz ada buat apa-apa ke kat kau?". Tanya Alin yang perasan akan perubahan Salina.
"Hm, tak de apa-apa, cuma aku rindu family aku, bila aku tengok family Hafiz". Untuk kesekian kalinya, Salina berbohong.
"Ala, kau call ja la".
"Call tak sama dengan jumpa". Jawab Salina, apabila Alin seakan percaya kata-katanya.
"Eh tu ada surat, aku rasa dari tempat latihan industri, kau buka la, aku dah buka, aku dapat tempat yang aku minta dulu tu".
"Ye ke, aku harap dapat tempat sekali dengan kau lah".
"Yeah, aku dapat kat tempat tu, kau sama kan?". Tanya Salina, gembira.
"Ye la dah kita daftar tempat yang sama, sama la kita". Alin turut melompat gembira.
Mereka mendapat tawaran membuat latihan industri di sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Dalam satu jabatan. Jabatan kewangan seperti kursus yang mereka belajar sekarang.
"Tapi apa pun, kita kena habiskan final exam dulu, lepas tu, aku nak pusing-pusing u ni, kejap ja kan, kita nak tinggalkan u ni dah nak berpisah dengan kawan-kawan". Salina merintih seakan sedih.
"Eh kau ni, tak payah nak sedih la, tak pisah sangat pun kau dengan aku ni, menempek ja kat mana aku ada". Alin menyakat Salina. Mereka seperti kembar tidak seiras, masa banyak dihabiskan bersama.
"Ala, aku bukan sedih sebab kau, aku sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan lain". Salina membalas sambil buat muka comel.
"Ye la, sapa la aku kan?". Alin pura-pura sedih.
"Jangan nak mengada, mai sini". Salina menggeletek Alin. Mereka berdua ketawa.
Pejam celik, pejam celik, dua minggu pun berlalu. Minggu depan, cuti study week.
"Aku ingat minggu depan aku nak balik rumah aku la, nak hantar kereta kak aku sama". Salina mencuit bahu Alin.
"Aah kan, minggu depan dah cuti, tapi aku rasa tak balik kot, family aku semua balik kampung". Balas Alin.
"Ha, macam tu, jom la pegi rumah aku". Ajak Salina kepada Alin.
"Segan la aku, aku tak biasa".
"Ala, mengada la kau ni, aku ni takkan kau tak biasa, jom la?". Salina seakan merajuk, namun masih memujuk, bersungguh.
"Dah tu, takkan aku nak tinggalkan kereta aku kat sini, takut aku, nanti tak dak sapa nak tengok". Alin memulakan kerisauannya.
"Ala, kancil ja pun".
"Hm, kancil tu la yang banyak berjasa kat aku, kancil tu la satu-satunya aku beli masa aku keja kat kilang sebelum aku masuk u ni, penat kumpul duit, walaupun aku beli yang terpakai dan murah, tapi aku sayang". Sayu suara Alin.
"Aku bukan bermaksud macam tu". Salina serba salah.
Keadaan hening seketika.
"Ha, macam ni, la, aku drive kereta kak aku, kau drive kereta kau, aku support semua, minyak, tol".
"Ala, tak payah la nak ambik hati, aku ok ja". Alin tersenyum.
"Kau ni, bukan apa, nanti senang la nak balik u, tak payah naik bas". Pujuk Salina.
"Ye la, ye la, pasai minyak dengan tol tu, kita kongsi-kongsi la". Jawab Alin. Dia tidak mahu terlalu mengharapkan ehsan orang.
"Jangan risau la, tapi yang pasai kancil tu, sumpah aku tak bermaksud apa-apa". Salina mengungkap sambil mengangkat tangan.
"Ish, aku tau la, sesaja nak emosi sikit dengan kau". Alin tergelak.
Salina buat-buat geram sambil melempar bantal ke arah Alin.
Bersambung...
Comments