Biarkan Aku Bahagia B10

Biarkan Aku Bahagia
Bab 10

Setelah selesai menjalani latihan industri, Salina dan Alin harus menyiapkan laporan masing-masing. Mereka perlu menghantar laporan kepada pensyarah yang telah ditetapkan. Setelah mereka dan pelajar-pelajar lain bertungkus lumus menghabiskan pengajian, mereka akan diraikan dalam majlis konvokesyen.

"Eh, Alin, mana kawan baik kau". Tanya Hafiz apabila ternampak kelibat Alin. Mereka berada di sesi yang sama dalam majlis konvokesyen.

"Kenapa pulak kau nak jumpa dia, dulu kau tinggalkan dia sorang-sorang, ada hati nak jumpa dia, macam budak-budak". Balas Alin geram. Dia masih teringat peristiwa malam tersebut setelah diceritakan Salina.

"Tu tak dak kena mengena dengan kau, yang kau sibuk apasal?". Tempelak Hafiz.

"Aku sibuk la dia kawan baik aku, kau tu tak layak dengan dia". Panas hati Alin, rasa hendak menjerit. Nasib ada orang ramai.

"Sorry sikit, dia yang tak layak untuk aku, dah la kuat mengungkit, pakai macam perempuan kampung, memang patut kena tinggal pun malam tu". Hafiz tidak mahu mengalah. Dia masih geram dengan sikap Salina yang mengungkit. Bertambah dia benci Salina.

"Memang patut pun dia mengungkit untuk jantan tak guna macam kau ni. Dah la, aku malas nak bertekak dengan kau". Alin berlalu pergi menahan marah. Dia rasa mahu menumbuk Hafiz, tetapi dia sabarkan saja demi Salina.

"Kau belum jawab aku, mana Salina?". Hafiz mengejar Alin. Dia belum berputus asa.

"Dah dia tak layak untuk kau, kenapa kau cari dia lagi". Kali ini Alin menjerit, keras, geram hatinya. Semua orang memerhati.

"Kau ingat aku teringin sangat nak jumpa dia, tu, semua family aku tunggu, nak jumpa dia, apa yang penting sangat pun, aku tak tau". Tinggi suara Hafiz sambil menunjukkan jarinya ke arah keluarganya.

"Tu bukan hal aku". Alin tetap berkeras.

"Kau jangan sampai aku tak dak adab dengan kau, lebih baik kau ikut aku, jumpa family aku". Keras amaran Hafiz.

"Eh, kenapa pulak aku nak pegi sana, family kau yang nak jumpa Salina, bukan aku, kalau nak, suruh la family kau jumpa aku". Alin mengalah. Dia tahu Hafiz akan buat apa saja, asalkan hati dia puas. Namun Alin masih lagi tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

Hafiz tenung wajah Alin, geram.

"Kalau tak nak, sudah, parents aku tengah tunggu kat sana tu, aku nak kena pegi".

"Ye lah, kau tunggu kejap". Kali ini Hafiz mengalah dan terus mengamit keluarganya.

"Ha mana Salina, puas nenek cari". Nenek mengerutkan dahinya, sambil mencari Salina.

"Nek, ni kawan Salina, Alin, dia tau la kot mana Salina". Hafiz menjawab sopan.

"Maaf nenek, Salina tak datang konvo, dia pegi bercuti bersama keluarga, tiket dah tempah awal, sama pulak dengan tarikh konvo, jadi tak boleh la nak batalkan". Alin menerangkan kepada nenek.

"Jadi, Alin tau tak alamat Salina, bukan apa, nenek nak sangat jumpa Salina". Kak Mira tiba-tiba menyampuk.

"Maaf kak, saya memang tak tahu alamat Salina, maaf ye, saya gerak dulu". Alin menyalami nenek, Kak Mira, dan mak Hafiz.

Nenek memandang Hafiz kecewa. Hafiz menunduk, sedih rasanya apabila melihat neneknya kecewa. Namun apa boleh buat, Salina memang tiada di situ.

"Jaga kau Salina, aku benci orang buat nenek aku kecewa". Kata Hafiz dalam hati sambil menahan geram.

Bersambung...

Comments

Popular Posts