Biarkan Aku Bahagia B8

Biarkan Aku Bahagia
Bab 8

Telah dua hari mereka berdua berada di rumah Salina. Hari ini baru mereka berkempatan berborak dengan Kak Za.

"Kak Za ni busy memanjang, orang balik ni, ambik la cuti". Salina saja mengenakan kakaknya.

"Hari ni kak cuti, ni ha nak layan kamu berdua la".

"Ala, tu pun cuti hujung minggu, kalau tak, berkarat la kami dalam rumah". Salina ketawa. Sebenarnya dia tidak ambil hati sangat. Saja mahu menyakat kakak dia. Rindu.

"Aih Alin, macam mana la kau boleh tahan dengan Salina ni, mesti kau pun fed up kan dik?". Usik kak Za bila melihat Alin asyik tersenyum memandang mereka berdua.

"Tahan ja kak telinga ni". Alin ketawa.

"Oh, kau dah jadi geng kakak aku, nak buli aku, tak mau kawan". Salina pura-pura menangis.

"Alin, biar ja dia menangis, jom kita keluar, jalan-jalan". Kak Za menarik tangan Alin.

"Eh mana aci tinggalkan adik sorang-sorang". Salina berlari memeluk kakaknya.

                        ****************
"Eh, adik, dah dua hari adik balik, tak dengar pun cerita pasal Hafiz, buah hati adik tu, kali ni tak nak kongsi apa-apa ke". Kak Za bertanya kehairanan ketika mereka sedang menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran. Selalunya, Salina akan bercerita mengenai Hafiz. Hafiz itulah, Hafiz inilah. Pada pandangan Kak Za, mesti Hafiz seorang yang sangat baik.

Terbeliak biji mata Salina. Hampir tersembur air yang diminum.

"Kak ni, malu la adik tanya depan Alin".

"Nak malu apa, bukan Alin pun tau ke adik kawan dengan Hafiz?". Tanya kak Za sambil memandang Alin.

"Ye kak, tahu". Jawab Alin. Agak gelisah juga hendak memberi jawapan.

"Alin, kalau nak tau, Salina ni asyik puji ja si Hafiz tu, mesti Hafiz tu baik budaknya. Teringin kak nak jumpa, nak kenalkan kat mak dengan babah".

"Ala kak, ni, kami kawan ja la, lagipun masih belajar lagi ni". Salina cuba berdalih.

"Alin kenal Hafiz, ok ke budak tu, macam mana eh budaknya?". Mata kak Za memandang Alin. Alin tidak keruan. Salina turut tidak senang duduk takut Alin ceritakan keburukkan Hafiz.

"Saya tak berapa kenal sangat Hafiz tu kak, sekadar say hi saja kalau berjumpa".

"Aah kak, Alin ni rajin sangat belajar, lupa orang sekeliling". Salina lega Alin memberi jawapan penyelamat.

Salina tidak menceritakan hal sebenar mengenai Hafiz kepada Kak Za. Betul, cinta itu membutakan mata hati. Alin sekadar menggelengkan kepala.

"Alin, terima kasih pasal tengahari tadi".

"Pasal Hafiz, kenapa kau tak cerita perangai sebenar dia, jangan sampai cinta tu membutakan hati kau". Bebel Alin, sakit hati.

"Tak pe Alin, hal tu nanti aku uruskan".

"Ok la, aku sebagai kawan baik kau, aku hanya boleh bagi nasihat ja, yang lain terpulang kat kau".

"Terima kasih Alin". Alin memang sahabat yang baik. Sahabat yang melindungi. Salina begitu gembira bila Alin selalu ada jika dia memerlukan. Tetapi apabila bercakap soal hati, Salina seakan tewas dengan pujukkan Hafiz. Dia harap semua baik-baik saja nanti.

Bersambung...

Comments

Popular Posts