Biarkan Aku Bahagia B7
Biarkan Aku Bahagia
Bab7
"Wah, cantiknya rumah kau, besar lagi, aku tau kau kaya, tapi tak tau pulak sekaya ni". Alin teruja ketika pertama kali sampai ke rumah Salina. Dia tidak sangka yang Salina sekaya ini. Rumah banglo dua tingkat, tersergam indah. Ruang tempat letak kereta boleh memuatkan hampir 10 buah kereta. Walaupun kaya, keluarga Salina hanya menggunakan kereta buatan tempatan. Itupun yang biasa-biasa saja.
"Ala, ni semua harta parents aku, aku belum ada apa-apa, baru nak bermula lepas belajar ni". Balas Salina merendah diri. Dia boleh memiliki apa saja yang dia mahu, tetapi dia hendak usahakan sendiri.
"Hm, tapi suatu hari nanti tetap milik kau". Alin terus memerhatikan keadaan sekeliling.
"Eh, jom aku tunjukkan kau sesuatu". Salina terus menarik tangan Alin.
"Jeng, jeng, ni ha, aku nak tunjuk kau". Salina membuka alas penutup kereta. Kecil keretanya. Rupanya kereta kancil.
"Eh, kereta kancil?". Alin seakan terkejut. Orang sekaya Salina menggunakan kereta kancil juga.
"Kenapa, kau tak percaya, ni kereta pertama kakak aku, dia beli sendiri, sekarang dah jadi kereta kesayangan, kau tengok, berkilat kan, kak aku hadiahkan kat aku, tapi aku belum mahu guna, aku nak guna masa kita latihan industri nanti". Panjang lebar penerangan Salina.
"Dan, yang hari tu, aku kata kereta kau kereta kancil tu, memang aku tak maksudkan apa-apa". Salina terus menarik Alin menuju ke dalam rumah. Alin mengangguk dan terus mengikut Salina.
"Cantik la rumah kau, sangat cantik". Puji Alin.
"Ala, biasa ja, ni semua mak dengan kakak aku la yang hias". Kembang juga hidung Salina bila dipuji.
"Kejap aku buat air, parents aku keluar, kejap lagi balik la, kak aku keja, petang baru balik". Salina seakan mengerti apabila Alin mencari penghuni rumah.
"Eh, kau buat air sendiri, tak de orang gaji?".
"Mak aku lebih suka buat keja sendiri, aku dengan kakak aku pun diasuh buat keja sendiri, cuma seminggu sekali, ada la orang mai rumah tolong cuci habuk-habuk ni, bantu mak aku, ye la mak aku dah berumur, tak larat nak buat sorang-sorang. Nah minum air ni". Ajak Salina sambil tersenyum.
"Oh bagus la. Eh, bukan kak kau dah kawen ke, masih duduk dengan parents kau?". Alin bertanya sambil menghirup air. Lega tekak dia, hilang dahaga.
"Eh, kau ni dah menjadi pegawai penyiasat ke, kak aku dok sini, bila suami dia oustation, dia takut dok sorang-sorang kat rumah dia". Salina menjawab sambil ketawa dan mengusik Alin.
"Ye la, selama kita kawan, kau jarang cerita pasal family kau, tu yang aku tanya".
"Ala, tak de yang menarik pun tentang family aku". Salina ketawa.
Sebelah malam.
"Alin, tambah jangan malu-malu, makan sampai kenyang". Mak Salina, Puan Asma mempelawa Alin.
"Ala, mak ni, adik mak tak pelawa pun". Salina buat-buat merajuk.
"Eleh adik, jangan mengada, tak pelawa pun, dia bantai jugak sampai 3 4 pinggan". Usik kak Salina, Kak Za.
"Ni semua salah mak la, masak sedap sangat".
Semua ketawa dengan tutur kata Salina.
"Adik, dah dapat ke belum untuk latihan industri, kalau belum dapat, buat ja kat tempat babah". Ayah Salina bertanya. Tempat babah itu bermaksud syarikat ayah Salina.
"Dah babah, sama tempat dengan Alin". Jawab Salina sambil tersenyum kepada Alin. Alin sekadar mengangguk.
"Alin, kalau nak tau, Salina ni bukan nak keja dengan pak cik, jenuh la pujuk, tak mau jugak, takut pak cik telan dia agaknya".
Alin ketawa sambil berkata.
"Tak pe pak cik, nanti habis belajar, dia keja dengan pak cik la tu".
"Harap-harap macam tu la, mentang-mentang la syarikat pak cik kecik, dia tak mau la".
"Ala babah, bukan macam tu, bagi la adik rasa keja kat tempat lain sama, nanti adik keja la dengan babah, tapi dengan syarat, ambik Alin keja sekali?".
"Boleh, kalau cukup syaratnya". Ringkas jawapan babah Salina, Encik Zul. Alin tertunduk malu.
Ayah Salina sebelum ini bekerja kerajaan, namun bersara awal untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bengkel membaiki kereta. Encik Zul mengambil kursus asas membaiki kereta sebelum membuka bengkel kereta. Sekarang Encik Zul mempunyai tujuh buah bengkel dan sebuah perniagaan runcit.
Walaupun begitu, hidup Salina amat sederhana, tidak pernah menunjuk, membuatkan Alin begitu hormat kepada Salina sekeluarga.
Bersambung...
Comments