Biarkan Aku Bahagia B4
Biarkan Aku Bahagia
Bab 4
Sungguh hening pagi itu. Terasa nyaman. Sambil menghirup udara pagi yang sejuk di sebalik jendela sempat lagi Salina tersenyum sendirian.
"Awak, saya nak melamar awak jadi isteri saya yang sah". Hafiz memulakan bicara setelah bertemu dengan Salina ketika mengambil assignment.
"Betul ke ni, saya tak bermimpi ke ni, jom, jom kita kawen". Gelojoh betul Salina menjawab.
"Tapi sebelum tu, kau pergi la mandi dulu, busuk, lepas tu baru boleh kawen, cepat nanti lambat pergi kelas." Jerit Alin ditepi telinga Salina.
"Ooo mak kau meletup". Salina melatah terdengar jeritan Alin. Gegendang telinganya seakan pecah berdarah. Salina menekut telinga.
"Dah berangan nak kawen sangat, gelojoh, kau bercakap sampai aku boleh dengar". Usik Alin.
Merah padam muka Salina. Dia berangan rupanya. Adoi, malu. Salina berlari menuju ke bilik air sambil menutup muka dia dengan tuala.
"Ala, kenapa aku berangan macam tu, malu oi, malu". Jerit Salina dalam hati.
Setelah bersiap, sempat Alin mengusik.
"Pagi ni ada kuiz, tak sempat la kau pergi kawen".
"Dah la tu". Salina menggeletek Alin. Terkekeh-kekeh mereka berdua ketawa.
"Kita lalu kafe eh, bagi keja Hafiz dulu".
Alin menggangguk tanda setuju walau hati menidakkan.
"Tadi Hafiz dah whatsup aku, dia dah tunggu di kafe".
"Ya la, aku dengar, jom, nanti lambat pulak". Panas hati Alin mendengar nama Hafiz.
Di kafe.
"Hafiz, nah kerja awak".
"Oh ok, saya dah lambat ni, saya pergi dulu".
Menyirap darah Alin.
"Oi, Hafiz, tak reti nak ucap terima kasih ke, dah la penat-penat Salina buat kerja kau". Meledak amarah Alin.
Hafiz terus berlalu laju, tanpa menoleh.
"Dah la tu Alin, aku tak kisah pun, dah jangan spoil kan mood kau pagi-pagi ni". Pujuk Salina.
"Kau tu, orang pijak kepala pun, kau tak kata apa, tak faham aku." Alin kecewa dengan sikap Salina.
Sebenarnya Salina turut kecewa, namun kerana sayang yang melampau, dia turutkan saja. Salina mengukir senyuman walaupun hati pedih.
Bersambung...
Comments