Biarkan Aku Bahagia B13

Biarkan Aku Bahagia
Bab 13

"Apa tu Salina!". Terjerit Hafiz .Mencerlung matanya apabila Kak Mira memberitahu mengenai wanita pengsan tersebut.

"Ye la, kenapa, tak percaya ke". Balas Kak Mira endah tak endah.

"Tapi kenapa dia kurus sangat, tak macam dulu". Kendur suara Hafiz. Patutlah dia tidak mengenali Salina kerana berubah fizikal.

"Ala, zaman sekarang ni banyak ja pil, jamu kuruskan badan". Puan Ida, ibu Hafiz menyampuk.

"Entah kau ni dik, dia dah keja, ada duit, pandai la dia melawa". Bidas Kak Mira.

Mereka berkumpul makan malam di rumah Nek Yam. Nek Yam sengaja mengajak ibu bapa Hafiz makan malam di rumahnya. Hendak berbincang mengenai Salina. Sejak perjumpaan di rumah ibu bapa Salina petang tadi, Nek Yam tidak sabar-sabar hendak bercucu menantukan Salina.

"Mana kak jumpa Salina tu". Keras suara Hafiz, tidak berpuas hati.

"Kan Kak Za tu kawan kakak!". Pendek jawapan Kak Mira sambil membelek majalah di tangannya.

"Hafiz menarik majalah yang di baca oleh Kak Mira. Hafiz merenung dia untuk mendapatkan jawapan yang lebih mendalam.

Lalu Kak Mira pun bercerita.

Masa Mira tengah memeriksa mukabukunya, dia tertarik dengan satu rakannya. Rakan tersebut menambahnya sebagai kenalan mukabuku. Dia pun memerhati gambar profile itu. Rupanya itu Zamiza kawan satu biliknya ketika di universiti. Dia pun melihat foto-foto yang dikemaskini oleh Zamiza dan dia tertarik dengan satu foto dengan status "My Family". Apabila diperhati betul-betul, dia kenal juga salah seorang lagi yang berada dalam foto tersebut, iaitu Salina. Dalam foto itu, Salina masih berisi, tidak seperti sekarang. Jika tidak, dia pun tidak mengenal Salina.

"Lepas tu kak terus call nenek, tu yang nek nak sangat jumpa Salina". Sampuk Nek Yam.

"Tapi kenapa tak bincang dengan Hafiz dulu?".

"Malam ni la nak bincang, apa kata kamu Zam, Ida?". Nek Yam memandang ibu bapa Hafiz.

"Kami berdua pun suka dengan Salina tu, lagipun Hafiz ni, keja ja memanjang, tak fikir nak kawen pun". Puan Ida memberikan jawapan.

"Ibu ayah, apa ni, tanya la dulu, Hafiz setuju ke tak?". Hafiz seakan merayu.

"Eh, dulu bukan Hafiz dah setuju ke dengan nenek, jadinya setuju la tu". Kali ini Encik Zam pula bersuara. Mematikan kata-kata Hafiz. Hafiz terdiam.

"Ha, kalau macam tu, minggu depan kita merisik dengan meminang terus, esok kau Zam, telefon keluarga Salina, nombor minta kat Mira". Nek Yam memberi cadangan.

Semua di situ mengangguk kecuali Hafiz terkebil-kebil matanya memandang Nek Yam.

Ketika semua ahli keluarganya berbincang, akal Hafiz ligat ingin memastikan dia tidak di jodohkan dengan Salina.

"Nek, Salina tu kawan Hafiz ja, lagi pun dia dulu kuat mengungkit, tu yang Hafiz tak suka sangat perangai dia". Hafiz cuba memburukkan Salina.

"Ala, dulu dia masih budak-budak, tak matang, tak macam sekarang". Nek Yam mempertahankan Salina.

Hafiz diam dan memikirkan helah yang seterusnya.

"Kalau macam tu, tak pe la, Kak Mira, ada nombor Salina?". Hafiz bertanyakan kepada kakaknya.

"Nanti kak minta kat Kak Za".

"Aku mesti jumpa Salina, ni mesti rancangan dia nak perangkap aku, perempuan tak guna". Kata Hafiz dalam hati, sambil mendengus.

"Hafiz kenapa ni, macam cacing kepanasan ja". Tanya Abang Zaki. Dia perasan perangai adik iparnya berubah apabila terdengar nama Salina selepas makan malam sebentar tadi.

"Tak de apa-apa abang, saja teringat kisah lama". Hafiz berdalih.

"Kisah lama usah dikenang. Bercinta la balik lepas nikah ni, cinta lepas nikah lagi best". Usik Abang Zaki.

Hafiz hanya tersenyum sumbing. Sakit betul hatinya. Semua ahli keluarga menyukai Salina.

"Aku mesti buat sesuatu". Hafiz hanya mampu menjerit di dalam hati.

Bersambung...

Comments

Popular Posts