Biarkan Aku Bahagia B12
Biarkan Aku Bahagia
Bab 12
Hujung minggu, pada hari Sabtu, Nek Yam telah mengarahkan Hafiz membawanya ke satu tempat. Nek Yam juga mengajak Kak Mira dan suami untuk menemaninya. Hafiz tidak tahu tempat yang di tuju walaupun telah berkali-dia bertanya. Apabila ditanya kepada Kak Mira, juga jawapannya sama tidak tahu.
"Nek, kita nak ke mana sebenarnya hari ni?". Tanya Hafiz memohon kepastian ketika dia memandu. Nek Yam dan Kak Mira berada di tempat duduk penumpang, manakala suami Kak Mira, Abang Zaki berada di sebelah Hafiz.
"Kita nak pegi Sungai Petani". Jawab Nek Yam ringkas sambil senyuman terukir di bibir.
"Rumah sapa?". Hafiz masih ingin mendapat jawapan sebenarnya. Kerut dahinya memikir.
"Ada la, jalan la dulu". Nenek memberi arahan.
Kak Mira hanya tersenyum sambil memandang Nek Yam. Dia dapat agak, ke mana hala tuju mereka hari ini. Sepatutnya, mak dan ayahnya yang kena ikut menemani, namun saat akhir, mereka terpaksa batalkan kerana mendapat undangan kenduri daripada kenalan rapat. Jadinya mereka berdua terpaksa rela menemani.
"Mira, mana alamat rumah dia?". Nek Yam bertanya kepada Kak Mira.
Hafiz mengerutkan dahi apabila mendengar perbualan Nek Yam. Tahulah dia, Kak Mira bersubahat dengan Nek Yam. Dia memandang abang iparnya. Abang Zaki hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
"Kalau ikut alamat ni, dah nak dekat dah ni nek". Kak Mira membalas soalan Nek Yam.
"Tak sabarnya nek". Nek Yam bereaksi seperti budak kecil yang tidak sabar hendak mendapatkan sesuatu.
"Abang, cuba tengok alamat ni, yang takut tak perasan". Kak Mira menunjukkan telefon bimbitnya kepada suaminya. Telefon bimbit bertukar tangan. Abang Zaki melihat alamat yang tertaip.
"Ha, ikutkan, ni la alamatnya, Hafiz, belok kiri". Mereka berhenti di sebuah banglo yang tersergam indah.
"Rumah sapa ni kak?". Kali ini Hafiz bertanyakan kepada Kak Mira. Geram juga hatinya apabila soalannya tidak dijawab dengan tepat.
"Ni, rumah kawan kak la, mereka jemput makan tengahari, saja nak bawa adik, boleh berkenalan dengan adik dia". Kak Mira tersenyum.
"Ooo...ada udang di sebalik mee la ni". Hafiz sengaja menjawab sedemikian.
"Ye la, kalau bagitau nak datang rumah sapa, bukannya adik nak ikut, banyak alasan". Kak Mira keluar kereta untuk menekan loceng rumah.
Pintu pagar terbuka luas. Ternampak tuan rumah memberi isyarat meminta kereta masuk ke laman rumah. Hafiz membawa masuk keretanya.
"Ya Allah, Za, lama sungguh kita tak jumpa". Kak Mira memeluk kawannya itu.
"Ya la, lepas belajar di universiti dulu, terus terpisah".
"Za, ni suami aku, Zaki, nenek aku dan adik aku, Hafiz, nek, ni la kawan sebilik Mira dulu masa di universiti". Kak Mira memperkenalkan ahli keluarganya
Za menyalami nenek, serta mengangguk kepala tanda hormat kepada Zaki dan Hafiz.
"Jom masuk, suami aku semua ada di dalam".
Ketika di dalam rumah, semua ahli keluarga Za telah menanti, kecuali seorang, masih berada di dapur.
"Ha, tu suami aku, Ali, abah aku, mak aku".
Mereka semua menyalami antara satu sama lain.
"Mak, abah, ni la Hafiz".
Hafiz semakin pelik, dia sekadar mengangguk dan tersenyum paksa. Baginya sepatutnya Kak Mira yang patut dikenalkan dahulu. Tiba-tiba dia terpandang sebuah foto keluarga yang tergantung kemas di dinding rumah. Dia seakan kenal salah seorang di dalam foto itu tetapi dia menggelengkan kepala seperti menidakkanya.
"Eh mana adik kau?". Tanya Kak Mira bila neneknya mengenyitkan mata.
"Tu ha, di dapur lagi, entah apa yang di buat tak tau la".
Nek Yam tersenyum kepada Hafiz. Hafiz bertambah pelik. Siapalah gerangan orang di dapur itu.
"Mak, adik pengsan ni". Jerit Kak Za di dapur ketika dia mahu memanggil Salina. Panik.
"Allah, kenapa jadi macam tu". Tanya Encik Zul panik. Terus dia mengangkat Salina untuk di bawa ke bilik.
Puan Asma mula menangis. Nek Yam tidak keruan. Kelam kabut jadinya. Hafiz masih bereaksi seperti tiada apa-apa berlaku. Cuma dia pelik, kenapa nenek dan kakaknya panik.
"Mereka mengenali antara satu sama lain ke". Bicara Hafiz di dalam hati.
"Adik, bangun dik". Encik Zul merenjiskan air ke muka Salina sambil membaca surah Al Fatihah.
Suasana sedikit reda apabila Salina membuka mata. Puan Asma tersenyum lega.
"Salina dah ok, ingat tak lagi pada nenek?". Tanya Nek Yam kepada Salina.
Salina hanya mampu mengangguk dan memeluk Nek Yam sambil menahan air mata.
"Kenapa boleh jadi macam tu, terkejut eh kami datang?". Tanya Kak Mira tergelak.
Sekali lagi Salina hanya mengangguk. Dia terpandang sesosok tubuh yang sangat dia kenali dengan pandangan yang tajam dan penuh kebencian.
"Kerana kau la, aku pengsan". Marah Salina dalam hati.
"Maaf la nek, adik tak dapat bersama masa makan tadi, mungkin dia terkejut gembira kot jumpa tetamu yang sekian lama tak jumpa". Kak Za memandang Hafiz sambil tersenyum.
"Dah lama tak jumpa? Siapa dia?". Kata Hafiz di dalam hati, dia semakin hendak tahu siapa gerangan wanita itu tadi.
"Tak pe, tadi nek dah jumpa, dapat berborak dengan dia pun dah ok". Nek Yam masih tersenyum. Lepas rasa rindunya.
"Nanti datang lagi yer, maaf la anak saya tu". Puan Asma memohon maaf lagi sekali.
"Ye tak pe, nanti kami datang dengan rombongan". Nek Yam memerhati Hafiz. Hafiz kaget.
Semua di situ gembira terutama Puan Asma. Encik Zul pun turut tersenyum apabila melihat reaksi Puan Asma.
"Kami balik dulu, Assalammualaikum". Suami Kak Mira mengangkat tangan tanda perpisahan.
"Nek, seronok hari ni?". Kak Mira mengenggam tangan Nek Yam.
"Seronok sangat". Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Nek, sapa yang pengsan tu?". Hafiz pula bersuara.
"Adik tak kenal ke?". Kak Mira memberi soalan kembali kepada Hafiz.
Hafiz sekadar menggelengkan kepala dan cuba mengingati siapa wanita yang pengsan itu.
"Jangan kata tu bakal isteri adik". Hafiz tiba-tiba bersuara.
"Hafiz dah janjikan, nak nek carikan?". Nek Yam cuba mengingatkan Hafiz.
"Ala, ingatkan nek main-main".
"Mana ada, nek bersungguh, tak kira Hafiz kena juga kawen". Nek Yam memberi amaran.
"Tapi sekurang-kurangnya, bagi la Hafiz kenal dulu". Hafiz merayu.
"Hafiz dah kenal, dan keputusan nek muktamad, tiada kata dua". Nek Yam menjegilkan matanya.
Semua di dalam kereta terdiam. Hafiz mula melayani perasaannya.
"Siapa wanita itu, tiba-tiba akan jadi sebahagian hidup aku, dah la tadi dia renung aku macam nak telan tapi aku macam kenal renungan itu". Hafiz bermonolog. Rupanya Hafiz perasan wanita itu merenungnya.
"Hafiz, lepas kawen pun boleh bercinta". Nek Yam memegang bahu Hafiz. Terhenti lamunan Hafiz. Dia menghelakan nafas. Terpaksa menuruti permintaan nenek dia yang tersayang.
Bersambung...
Comments