Biarkan Aku Bahagia B2
Biarkan Aku Bahagia B2
Bab 2
Deringan nada lagu Dengarlah Rindu nyanyian Farhan AF4, mengejutkan Salina yang sedang membaca Al Quran. Namun, dia tidak begitu ambil kisah mengenai deringan tersebut. Dia hanya mahu menghabiskan bacaanya dahulu. Setelah deringan berhenti, terdengar bunyi notifacation menandakan whatsup masuk. Namun masih dibiarkan.
Setelah selesai membaca Al Quran, barulah Salina mengambil telefon bimbitnya dan menyemak gerangan yang menghantar bunyi-bunyian tersebut. Tertera di skrin telefon bimbit nama Hafiz. Sambil tersenyum nakal, Salina membaca whatsup tersebut.
"Kenapa tak angkat call?"
"Marah saya ke?"
"Saya baru nak ajak makan malam".
"Makan malam?". Bisik Salina sambil tersenyum. Tetapi tiba-tiba Salina teringat hal petang tadi.
"Dia ni kejap ok, kejap tak, apa masalah dia, mesti otak tak center". Ngomel Salina di dalam hati. Kalau aku ketuk kepala dia dengan hammer, baru ada akal. Biar dia gila.
"Eh dia tak boleh gila, kalau tak, sapa nak jadi buah hati aku". Salina menggelengkan kepala.
"Ok, jumpa di cafe jam 9.00 malam". Balas Salina. Salina, bab makan tidak boleh kata tidak.
Setelah selesai solat isya, Salina bersiap ala kadar. Janji menutup aurat.
"Alin, kau nak turun makan tak?". Tanya Salina kepada rakan sebiliknya.
"Kau nak makan dengan sapa, Hafiz?". Tanya Alin kepada soalan Salina.
"Kau ni, mesti gagalkan dalam menjawab soalan, aku tanya, sepatutnya kau bagi jawapan, ni kau tanya balik!". Bebel Salina.
Tergelak Alin.
"Ala, kalau kau makan dengan Hafiz, malas la aku nak join, kau tapaukan aku nasi goreng kampung, boleh?".
"Ha ya la, tapi aku lambat sikit la". Jawab Salina sambil berjalan keluar bilik.
Salina dan Alin berkawan baik sejak dari semester satu. Mereka selalu berkongsi rasa bersama. Cuma Alin tidak begitu selesa apabila Salina berkawan dengan Hafiz. Bukan dia cemburu. Bagi Alin, Hafiz sekadar mahu mengambil kesempatan daripada Salina. Banyak kali Alin menasihati Salina, namun seperti curah air ke daun keladi.
"Salina, kau tu kawan aku dari sem satu sampai sekarang sem akhir, aku tak mau kau menderita, dia baru sem lepas kau kenal, tu pun lepas dia putus dengan Nadia".
"Alin, kau tau kan, tu kan cinta pertama aku, kau doakan yang baik-baik ok". Jawab Salina.
"Baiklah, tapi kau tu jaga diri kau tau". Alin mengalah. Alin tahu yang Salina amat degil namun dia juga tahu Salina pandai menjaga diri.
"Dah lama awak tunggu?". Tanya Hafiz.
"Baru ja 45 minit". Tersenyum sinis Salina melihat buah hatinya. Sambil berangan, ingatkan Hafiz makeup, tapi Hafiz jantan. Kalau dia ada bom, lama dah dia bom blok lelaki yang bersebelahan cafe. Biar Hafiz merempat dalam longkang.
"Ok, kita order". Tanpa perkataan maaf, Hafiz order makan.
Suara Hafiz mengejutkan lamunan Salina.
"Awak dah ok ke pasal hal petang tadi". Salina memula bicara setelah 15 minit Hafiz dengan telefon bimbitnya.
"Hm, ok". Jawab Hafiz, ringkas.
Suasana hening sehinggalah makanan tiba.
"Awak, bayarkan, boleh, duit saya abah belum bank in lagi, nanti saya bayar balik." Kata Hafiz sambil buat-buat senyum kepada Salina.
"Ye ke, tak pa, saya bayarkan, sian awak, nak tambah apa-apa lagi?". Salina yang buta cinta, sanggup membayarnya. Hafiz menggeleng.
"Esok macam mana, nak joging lagi?".
"Huh, malas saya, ingat saya nak p gim, tapi...". Hafiz tidak menghabiskan ayatnya.
"Gim, bagus jugak, tapi kenapa, eh kejap, gim universiti kan ada?".
"Tau ada, tapi tak best la, nak p gim luar, ada jurulatih, tapi tu la, bayar mahal pulak". Pancing Hafiz sambil buat muka kesian.
"Ye ke? Habis tu macam mana?".
"Jadinya, tak payah la pergi". Dengus Hafiz tiba-tiba setelah umpannya seakan tidak menjadi.
"Ala, awak pergi la, saya bayarkan". Salina jawab sambil tersenyum.
"Betul ni, awak nak bayarkan, tak kisah walaupun mahal?". Hafiz buat-buat tanya.
"Untuk awak, apa saja". Sampai begitu tahap sayangnya Salina kepada Hafiz.
Setelah selesai makan malam dengan tiada ucapan terima kasih daripada Alin, mereka pulang ke blok masing-masing.
"Apa, kau gila nak bayarkan duit gim dia, mahal tu, kau tau tak?". Marah Alin kepada Salina setelah Salina cerita kepadanya.
"Ala, aku cerita kat kau sebab kau kawan baik aku, kitakan tak dak rahsia, kalau kau tak sokong aku, jangan la marah aku". Jawab Salina seakan merajuk.
"Aku bukan marah kau, cuma aku nak kau berhati-hati, nanti kau akan menyesal." Pujuk Alin.
Sambil tersenyum, Salina menjawab.
"Takpa, aku tau apa yang aku buat."
Alin hanya mampu menggelengkan kepala. Dia hanya mampu mendoakan yang baik-baik kepada Salina.
"Ni ha nasi goreng kau".
Mereka berdua tersenyum.
"Weh lupa, ni sem last, kau dah daftar untuk praktikal ka sem depan?". Tanya Alin sambil makan.
"Allah, terlupa, esok kau temankan aku, boleh tak?".
"Ha ya la, esok jangan menggatai nak p dating pulak, aku sekeh kepala kau". Gurau Alin.
Salina tersengih seperti kerang busuk. Dia bernasib baik dapat kawan seperti Alin, banyak membantu. Walaupun Alin tidak kaya dan mengharapkan PTPTN, Alin tidak pernah ambil kesempatan kepada Salina. Salina amat bersyukur kepada Allah dikurniakan kawan baik seperti Alin.
"Weh, busuk apa ni, kau kentut ke?". Tanya Alin.
Salina hanya ketawa berdekah-dekah sambil berlari keluar bilik.
"Biadapppppp, aku tengah makan oiii." Jerit Alin. Akhirnya dia pun tergelak.
Bersambung...
Comments