Biarkan Aku Bahagia B3
Biarkan Aku Bahagia
Bab 3
"Oi, Salina, kenapa lambat ni, dah setengah jam aku tunggu ni". Bebel Alin dalam telefon.
"Kejap-kejap, aku dah nak sampai". Termengah-mengah suara Salina menjawab telefon Alin. Telefon dimatikan. Salina berlari-lari anak menuju ke tempat Alin.
"Adoi, penat aku menunggu kau, kau p mana?". Terjegil mata Alin ketika melihat kelibat Salina. Termengah-mengah Salina berlari. Kesian pun ada, terdetik dalam hati Alin.
"Ala, sorry la, aku tak sengaja". Salina memohon maaf sambil membuat muka comel.
"Tak la, nanti pusat daftar praktikal tutup, baru ada akai, dah la nak kena beratur dulu, kau p mana, jumpa Hafiz la tu?". Alin seakan tahu ke mana Salina pergi. Alin terus menarik tangan Salina menuju ke pusat daftar.
"Ala, kau ni, tau mana, kau nujum ka?". Salina sememangnya tidak dapat elak dari berbohong. Dia berjumpa Hafiz sebentar tadi.
"Kau tu, kalau tak keluar dengan aku, mesti keluar dengan Hafiz. Apa yang Hafiz nak?".
"Dia minta tolong aku siapkan assignment dia". Laju jawapan Salina. Mesti Alin marah aku sebab buatkan assignment Hafiz.
"Ala, kau jangan marah aku, Alin".
"Eh, bila pulak aku nak marah kau, kau dah boleh fikir, dah jom siapkan daftar praktikal kau".
Salina menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya Alin tidak membebel di saat itu.
"Kalau tak, terpaksa la aku tutup muka aku dengan beg ni ha kalau Alin membebel". Bisik Salina dalam hati.
Di dalam bilik.
"Kau tak nak turun makan ke?". Alin memulakan bicara bila tengok Salina seakan kusyuk menghadap komputer riba dari mereka balik lepas daftar praktikal. Salina berehat pun untuk solat saja.
"Tak kot, banyak la keja Hafiz ni, dah la kena hantar esok, takut tak sempat". Jawab Salina tanpa memandang Alin.
Alin menggelengkan kepalanya. Penat sudah memberi nasihat, namun tidak satu pun Salina dengar. Kini Alin hanya mampu berdiam diri.
"Kau nak apa-apa tak, aku belikan?".
"Ha, ni yang aku sayang kau ni, teh ais satu, nasi goreng cili padi satu".
"Kau tu, rehat la sekejap, aku tengok mata kau pun dah merah tu". Nasihat Alin sebelum keluar bilik.
"Nanti siap, aku rehat la". Ringkas Salina menjawab sambil tangan terus menaip.
Ketika Alin pulang ke bilik, dia ternampak Salina tertidur diatas komputer riba. Mula-mula Alin tidak sampai hati nak kejutkan Salina, namun baru dia teringat Salina belum makan.
"Salina, Salina, bangun". Lembut suara Alin sambil mengusap rambut Salina. Persis seorang ibu mengejutkan anaknya.
Terpisat-pisat Salina menenyehkan matanya.
"Dah, bangun, p cuci muka, ambik wuduk sekali, lepas tu makan".
Salina tidak membantah. Buat semua arahan yang diterima.
"Banyak lagi ke nak kena buat tu?". Tanya Alin merujuk kepada assignment Hafiz.
"Sikit lagi ni ha...aku mengantuk sangat, tu yang tertidur tu". Balas Salina sambil mengunyah nasi.
"Tak faham aku, kenapa kau kena siapkan kerja si Hafiz tu, sibuk sangat ke dia?". Alin sudah mula nak berceramah.
"Ala, dia kan sekarang pergi gim, tu yang dia sibuk tu, tak pa la, sikit lagi ni ha nak habis". Salina seakan hendak menokhtahkan ceramah Alin.
"Hm, ikut kau lah, aku nak tidur ni, jangan lupa tutup lampu nanti". Alin seakan malas nak melayan Salina.
"Baik bos". Salina membuat gaya tabik kepada Alin.
Salina bertungkus lumus menyiapkan kerja Hafiz sehingga jam 12.00 pagi. Dia bernasib baik kerana mempunyai mesin pencetaknya sendiri. Jadinya dia tidak perlu bekejar-kejar keesokan paginya untuk mencetak kerja Hafiz di koperasi universiti.
Setelah siap, Salina menyampaikan whatsup kepada Hafiz.
"Kerja awak dah siap".
"Esok jumpa di kafe, ambil kerja awak".
Hampir 15 minit menunggu balasan whatsup Hafiz namun tiada juga balasan daripada Hafiz.
"Mungkin Hafiz dah tidur". Kata Salina.
"Dah la tu, tidur ja la Salina, Hafiz takkan balas tu". Tiba-tiba Alin bersuara.
"Aik, bukan kau dah tidur ke?".
"Macam mana aku nak tidur, kalau kau cakap sorang-sorang, takut pulak kau cekik aku". Jawab Alin mengusik Salina sambil tergelak.
Salina turut tergelak, terlupa terus pasal Hafiz.
Bersambung...
Comments