Biarkan Aku Bahagia B17

Biarkan Aku Bahagia
Bab 17

Selepas waktu kerja, Salina terus memandu bergerak ke rumah Nek Yam. Ketika memandu, debaran dihatinya tidak pernah surut.

"Kenapa la kau hadir ketika aku mula bahagia". Omel Salina seorang diri. Kalau ada yang melihatnya, pasti menyangka dia gila.

Salina terus memandu dengan hati yang tidak tenang. Otaknya ligat untuk menolak lamaran keluarga Hafiz. Kepalanya rasa sedikit pening memikirkan hal tersebut. Api kemarahan dan kebencian semakin menambah.

"Allah, Kau redakan lah kemarahan dan kebencian ku". Doa Salina untuk menenangkan hatinya yang kian berkecamuk.

Setelah memastikan alamat rumah Nek Yam dengan betul, Salina memberhentikan keretanya. Lalu dia turun menekan loceng pemilik rumah tersebut.
Setelah hampir lima minit menekan loceng, masih tiada jawapan daripada Nek Yam. Salina hendak berlalu pergi, namun pintu rumah yang tidak di tutup hanya pintu besi sahaja tertutup menghalangi dia pergi. Kebetulan, pintu pagar juga tidak dimanggakan. Lalu Salina meneruskan niatnya masuk ke dalam.

Di pintu besi itu, Salina ternampak sekujur tubuh sedang terbaring di ruang tamu. Dia pasti itu Nek Yam. Lalu Salina memberi salam dan memanggil nama Nek Yam. Namun tiada reaksi.

Mujur pintu tidak berkunci, lantas Salina bergegas masuk ke dalam rumah. Salina agak panik. Dia memeriksa nadi dan jantung Nek Yam, masih bergerak. Salina terus ke dapur mencari air.

"Eh, Salina, bila sampai?". Nek Yam bertanya lemah setelah dia sedar selepas Salina menyapukan air di mukanya.

"Nek okey tak ni, jom kita pergi klinik".

"Nenek okey, tadi pening, pastu pandangan nenek kelam, tak sedar sampai la kamu ada ni, nasib kamu ada". Jelas Nek Yam.

Ketika mereka sedang berbual dan Salina sedang mengangkat Nek Yam, Hafiz tiba ke rumah.

"Hey pompuan, apa yang kau cuba buat dekat nenek aku ha". Tanpa usul periksa, Hafiz menolak Salina. Terduduk Salina. Mujur Hafiz menyambut Nek Yam.

Salina mengaduh kesakitan.

"Eh Hafiz, Salina tolong nenek la, nenek pengsan tadi, nasib Salina ada".

Hafiz terdiam tetapi masih merenung tajam ke arah Salina. Salina juga membalas renungan tersebut. Suasana agak sepi. Hafiz membantu Nek Yam duduk.

"Kau datang sini ada apa?". Keras suara Hafiz.

"Hafiz, cakap tu bersopan sikit. Salina ni kan tetamu kita?". Nek Yam mengurut dada.

Salina menjeling Hafiz, geram, rasa hendak ditangankan muka Hafiz. Hafiz masih merenung Salina. Matanya bulat.

"Saya datang ni, nak bincang pasal majlis hujung minggu ni nek". Salina menundukkan mukanya. Memikirkan ayat-ayat yang sesuai. Lagipun Salina tidak mahu Nek Yam terkejut dan pengsan buat kali kedua.

Nek Yam tersenyum memandang Salina.

"Oh majlis tu, kenapa nak cepatkan ke, nek tak kisah, persiapan belah laki dah tempah segala hantaran".

Membulat mata Hafiz. Dia tidak sangka persiapan telah dibuat secepat itu. Dia seakan mati kutu.

"Tak nek..."

"Kalau tak, kita guna perancangan awal la, buat hujung minggu ni, jangan risau, pasal hantaran tu, kami terima ja banyak mana pun". Potong Nek Yam sambil tersenyum. Salina dapat agak, mesti Nek Yam telah berbincang dengan maknya mengenai hantaran.

"Kalau macam tu, tak pa la nek, saya balik dulu yer".

"La, kejap ja kamu datang, makan malam di sini dulu." Nek Yam menahan Salina.

"Tak pa nek, lagipun saya tak boleh sangat memandu waktu malam". Salina beralasan.

Salina menyalami Nek Yam. Mencium pipi Nek Yam. Hafiz hanya memerhati. Cemburu lagaknya.

"Nek, jaga kesihatan yer, saya balik dulu".

Ketika Salina membuka pintu kereta, Hafiz menahannya. Kasar.

"Hey pompuan, apa niat kau sebenarnya datang sini ".

"Aku datang nk tolak lamaran keluarga kau la". Salina membelakangkan Hafiz. Kasar suaranya.

"Habis tu, tadi yang cakap pasal hantaran bagai tu pasal apa". Hafiz menarik tangan Salina kasar, mahu Salina memandangnnya.

"Memang aku nak tolak, kau sendiri pun dengar nek kau tu asyik potong aku cakap, lagipun aku tak nak nek terkejut, pengsan kali kedua, kau tuduh aku lagi". Laju Salina bercakap sambil menahan marah.

"Kau ni..."

"Dah la, aku nak balik". Salina menolak Hafiz.

Hafiz menumbuk tapak tangannya. Sakit hati, pertunangan masih harus dilakukan.

Di dalam kereta, Salina menangis sepuasnya.

"Jantan tak guna, kenapa aku perlu hidup dengan kau?". Jerit Salina sekuat hati.

Salina berhenti solat magrib di sebuah masjid. Ketika selesai berdoa, dia terdengar kuliah magrib oleh seorang ustaz.

"Kita perlu belajar redha dengan apa yang kita lalui sekarang. Allah sedang menguji kita untuk mengangkat darjat kita".

Menitis airmata Salina. Dia seakan terkena satu renjatan elekrik.

"Ya Allah, aku bukan tidak redha, tapi aku belum bersedia, aku manusia biasa, ampuni dosaku". Salina mengesat airmatanya.

Bersambung...

Comments

Popular Posts