Biarkan Aku Bahagia B11
Biarkan Aku Bahagia
Bab 11
Setelah hampir tiga tahun meninggalkan universiti, kini Hafiz telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Mungkin kerana sifatnya yang degil, dia boleh berjaya dalam kerjayanya.
Walaupun baru tiga tahun dia berkerja, kehidupan dia agak serba lengkap dan agak mewah. Hal ini adalah kerana dia tidak perlu membayar hutang PTPTN, dia tidak membuat pinjam ketika belajar. Semua ayahnya Encik Zam dan neneknya, Nek Yam yang memberikan wang untuk Hafiz sambung belajar. Hafiz bersyukur kerana ayah dan nenek telah memikirkan masa depannya dengan lebih baik.
Hafiz tinggal bersama neneknya kerana berdekatan dengan tempat kerjanya. Itu adalah permintaan Nek Yam sendiri.
"Hafiz, tahun ni dah 26 kan, bila nak kawen?". Tanya Nek Yam tiba-tiba ketika minum petang.
"Ala, Hafiz muda lagi la nek". Hafiz beralasan.
"Memang la kamu masih muda, tapi nenek semakin tua". Nek Yam pejamkan mata sambil menarik nafas.
"Sebelum nenek pejamkan mata, nenek nak cucu menantu".
"Kenapa nenek sembang pejamkan mata ni, jangan la gurau macam tu, Hafiz takut la". Hafiz memeluk belakang nenek.
"Kalau macam tu, nenek carikan kamu calon, nak tak?".
"Ikut nenek lah". Hafiz beralah.
Dia terlalu sayangkan Nek Yam. Segala permintaan Nek Yam akan cuba dia penuhi.
Nek Yam tersenyum dengan reaksi Hafiz.
Di suatu tempat yang lain.
"Mak, adik tak nak kawen lagi la, adik belum bersedia". Salina membantah apabila maknya, Puan Asma bertanyakan tentang kahwin.
"Bersedia ke tidak, nanti adik akan bersedia bila dah kawen, jangan tunggu lama-lama dik, nanti kalau mak dan babah tak de, sapa nak jaga adik?". Puan Asma memujuk.
"Mak ni jangan cakap macam tu, ada jodoh, adik kawen yer". Salina memujuk, sambil memeluk maknya.
"Kalau macam tu, mak terima sapa saja yang pertama datang meminang adik". Puan Asma memberi kata putus.
"Mak ni, jangan la macam tu, kalau yang datang minang adik tu orang sewel, haru hidup adik". Salina menjawab sambil bergurau. Mereka berdua ketawa.
"Ala, takkan la mak nak kawen kan adik dengan orang sewel, mesti la mak tapis dulu". Senyum Puan Asma, umpan hampir mengena.
"Adik belum puas lagi nak solo, lagipun adik baru ja kerja kan?". Salina tetap memberi alasan. Salina kini telah bekerja dengan babahnya sebagai pengarah kewangan setelah didesak berkali-kali oleh Puan Asma. Tetapi Salina meletakkan syarat, dia tidak mahu sepejabat dengan babahnya dan mesti mengambil Alin sebagai pembantunya. Encik Zul bersetuju dan meletakkan mereka berdua di cawangan kedua, yang berdekatan dengan cawangan pertama.
"Tak de, kali ni mak buat keputusan muktamad, sapa yang masuk minang adik dulu, mak terima dia sebagai menantu". Tegas kata-kata Puan Asma.
Salina tahu, apabila maknya membuat keputusan yang tegas, maka dia tidak boleh membantah.
"Ye la mak". Salina menjawab lemah.
Salina tahu, jika dia membantah, dia akan merasa menyesal kerana melukakan hati maknya.
"Alin, kau tau, mak aku suruh kawen, aku tak bersedia lagi". Salina bersuara ketika berjumpa Alin di pejabat.
"Ha bagus la macam tu, kau tak bersedia atau ingat lagi dekat...". Belum sempat lagi Alin menghabiskan ayatnya, Salina memotong.
"Kau sebut nama dia, kita putus kawan, aku bercakap benar".
"Eh bila pulak aku nak sebut, kau tu yang fikir bukan-bukan". Balas Alin.
"Aku benci dia sejak hari tu". Salina menangis.
"Sudah lah, aku tak bermaksud pun, aku minta maaf ok, aku janji takkan sebut". Alin memujuk. Salina terus menangis sambil memeluk Alin.
Sejak peritiwa Salina ditinggalkan Hafiz malam itu, perangai dia terus berubah, tidak ceria seperti sediakala. Cepat melenting. Pernah dia hampir memecat seorang pekerja di bengkel cawangannya hanya kerana namanya Hafiz. Nasib Alin dapat tahu dan memujuk Salina. Akhirnya Salina meminta pekerja itu ditukarkan ke cawangan yang lain. Alin juga yang bertanggungjawab ke atas cawangan tersebut jika melibatkan kewangan kerana Salina tidak mahu menjejakkan kaki di cawangan tersebut hanya kerana pekerja bernama Hafiz. Tahulah Alin bertapa Salina membenci Hafiz.
"Kau ni, tak semua orang yang bernama tu perangainya sama". Alin pernah menasihati Salina.
"Aku belum bersedia dengan nama tu, aku benci". Alin nampak api kebencian di wajah Salina ketika itu.
"Kau ni, selalu dengar ceramah di masjid, tapi keras hati kau".
"Aku yang rasa, aku yang sakit, mohon kau faham". Tinggi suara Salina.
Kecut juga hati Alin ketika itu. Memang sebelum ini Salina tidak pernah meninggikan suara tetapi Salina berubah 100 peratus terutama jika berbicara mengenai Hafiz. Walaupun begitu, Salina tetap menghormati Alin.
Bersambung...
Comments