Biarkan Aku Bahagia B9

Biarkan Aku Bahagia
Bab 9

Peperiksaan akhir tahun sedang berlangsung, terdapat juga pelajar yang telah selesai mendudukinya. Begitu juga dengan Salina, dia telah selesai menduduki peperiksaannya. Terasa lega hati apabila segala yang mereka belajar selama satu sem telah dilepaskan.

Hari ini hari terakhir Salina menjawab peperiksaan, tetapi dia belum berniat hendak pulang ke kampung kerana menunggu Alin menghabiskan subjeknya yang terakhir.

Ketika berjalan menuju ke kolej, Salina terserempak dengan Hafiz. Hafiz semakin kacak dan terurus setelah dia selalu ke gim.

"Eh, kenapa kau elak nak berjumpa aku, aku call pun kau tak jawab, last jumpa sebulan yang lepas kan?". Hafiz melepaskan rasa hati.

"Ala, kan busy, exam ni". Salina menjawab seringkas yang boleh. Dia mahu berjalan secepat yang mungkin.

"Oi, tak de, esok ikut aku, nenek nak jumpa kau. Kalau kau tak turun, aku naik kolej kau dan aku tau, exam kau dah habis". Hafiz memberi arahan dan amaran sambil berlalu pergi.

Geram betul hati Salina, Hafiz guna kuasa veto, kalau Salina tak turuti, Hafiz akan melakukan apa saja. Hafiz pernah melakukan sekali sebelum ini.

                *******************
"Kenapa nenek nak jumpa?". Tanya Salina ketika di dalam kereta yang dipandu Hafiz. Kereta itu, Hafiz pinjam kereta neneknya setelah neneknya tidak sihat, bagi memudahkan Hafiz bergerak pulang jika neneknya sakit semula.

"Mana la aku tau, kau tanyalah nenek nanti". Masam mencuka wajah Hafiz.

Kalau kerana tidak nenek mengugut Hafiz, tidak mahu dia membawa Salina.

"Nenek takkan bagi tanah nenek kat kamu, semua harta nenek, jika kamu tak bawa Salina dan kamu jangan jumpa nenek".

Itulah ugutan nenek Hafiz. Tetapi ugutan itu tidak seberapa bagi Hafiz. Cuma ugutan tidak boleh jumpa itu yang membuatkan Hafiz goyang. Hafiz terlalu sayangkan neneknya.

"Nenek sihat?". Salina bertanya setelah menyalami nenek Hafiz.

"Sihat, Alhamdulillah. Nenek rindu kamu, kenapa kamu menolak bila Hafiz ajak sebelum ni?". Nenek Hafiz melepaskan rasa rindu.

Terbeliak biji mata Salina memandang Hafiz. Setahu Salina, Hafiz tidak pernah ajak Salina, kecuali semalam.

"Dia sibuk nenek, periksa akhir tahun". Hafiz menjawab tanpa rasa bersalah.

"Aah nenek, saya kena pulun nak bagi dapat keputusan yang elok". Salina cuba mengiyakan kata Hafiz walaupun hati geram.

"Hari ni makan malam di sini ya?". Nenek memandang Salina meminta kepastian.

Salina sekadar mengangguk. Hafiz memandang geram.

Setelah selasai makan, Salina tolong kemas apa yang patut walaupun dilarang nenek.

"Nanti datang lagi, kalau boleh sebagai menantu". Nenek tersenyum memandang Salina dan Hafiz.

"Nenek, pak cik, mak cik, saya balik dulu ye, terima kasih ye makan malam ni". Salina cuba mereda debaran hati, juga meredakan kemarahan Hafiz.

Di dalam kereta, perang saudara telah meletus.

"Eh, kau jangan berangan eh nak jadi isteri aku!". Hafiz melepaskan amarahnya di dalam kereta.

"Bila pulak saya nak jadi isteri awak?". Salina cuba mengawal perasaan dan keadaan.

"Seronok la nenek kata macam tu, kau jangan berangan, tengok la kau tu, macam orang kampung". Hafiz masih tidak puas hati.

"Eh, cakap elok sikit, kau tu jadi macam tu pun guna duit aku, sikit pun tak ucap terima kasih". Kali ini Salina melepaskan rasa geramnya sambil menjerit.

"Tak guna, kau mengungkit".

"Eh, aku ungkit, sebab kau tu kutuk aku, kalau tak suka, tak payah la nak ajak aku pegi rumah kau tadi".

"Ingat aku teringin sangat nak bawak kau, buat habis beras ja, kotor kereta aku".

"Eh, kau tu dah la pinjam duit aku tak reti nak bayar".

Mereka terus bertengkar.

"Kau berhenti sekarang, kau berhenti, aku nak turun". Jerit Salina kepada Hafiz.

"Ha, kau nak turun sangat, turun la". Hafiz memberhentikan kereta.

Walaupun kerana kawasan itu agak gelap, Salina tekadkan diri untuk turun kerana hatinya sakit dan geram.

Kereta Hafiz terus meluncur laju. Tiada sedikit pun rasa bersalah meninggalkan seorang yang bernama wanita di kawasan gelap.

"Alin, tolong ambik aku kat surau yang kita solat dulu. Cepat sikit tau, gelap ni, aku sorang".

Salina menghantar whatsapp kepada Alin. Mujur Alin membacanya. Surau itu berada di dalam sebuah kampung berdekatan dengan universiti. Mereka pernah solat dan mendengar ceramah di situ.

"Tunggu kejap, nanti aku ambik, aku nak ajak Siti dan Hawa". Siti dan Hawa kawan bilik sebelah mereka berdua.

Alin berasa hairan, Salina bersendirian. Sepatutnya yang Hafiz menghantar Salina pulang. Bergegas Salina ke surau tersebut. Alin risau kerana jam menunjukkan 11.15 minit malam. Kawasan tersebut mesti sunyi. Mujur juga dia belum tidur.

Lega hati Alin, apabila tiba di surau, dia ternampak kasut Salina.

Bersambung...

Comments

Popular Posts