Biarkan Aku Bahagia B5
Biarkan Aku Bahagia
Bab 5
Setelah hampir tiga bulan semester berjalan, Salina mulai sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhir. Selepas ini dia akan membuat latihan industri di luar kampus sebagai semester terakhir. Dalam kesibukan dia belajar, hubungan dia dengan Hafiz seperti biasa, jarang berjumpa, berjumpa ketika Hafiz memerlukan.
"Dah tiga bulan, baru aku perasan, badan Hafiz dah turun, sado, beruntung la aku". Salina berkata di dalam hati sambil tersenyum sampai menampakkan gigi. Putih. Bibir mekar bab delima walaupun Salina berkulit hitam manis.
"Aku kena turunkan berat badan aku la macam ni, nanti mesti Hafiz lagi suka, tapi, adoi, susah la nak diet, asyik teringat nasi lemak, bihun sup, semua la". Salina kalah kalau jatuh kepada bab makan, juga dengan pujukkan Hafiz.
"Apa la yang kau angankan tu Salina". Sergah Alin. Sebenarnya sudah lama Alin memerhatikan Salina.
"Eh, kau ni, kalau tak terperanjatkan aku, memang tak sah eh hidup kau, mana ada aku angankan apa pun, aku dok fikir final exam ni". Tipu Salina menahan malu.
"Ha bagus la kalau macam tu, jangan dok berangankan si Hafiz pulak, nanti aku takut kau tu macam lagu Azie, penyanyi dulu-dulu tu, apa tajuk lagu tu, Pelamin Anganku Musnah, baru kau ada akal". Alin memulakan tazkirah percuma kepada Salina. Alin tahu, yang Salina angankan si Hafiz.
Belum sempat Salina menjawab, deringan telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Hafiz. Tersenyum Salina, sampai ke telinga. Alin hanya menggelengkan kepala, terus berlalu, keluar dari bilik.
"Awak, turun sekarang, bawak kunci kereta awak, ic semua la, cepat, saya bagi lima minit!". Seperti satu arahan, tidak sempat Salina menjawab, talian dimatikan.
"Dah kenapa pulak mamat ni, gila ke apa nak bersiap lima minit". Gomel Salina di dalam hati.
Salina bersiap serba ringkas, sarung apa saja yang dia rasa sesuai. Terus dia turun ke bawah.
"Ha, awak ada apa ni?". Termengah-mengah Salina bertanya.
"Kenapa lama sangat, saya bagi lima minit ja kan tadi, lembap, dah-dah, awak kena teman saya pegi hospital, nenek saya masuk hospital". Kuat suara Hafiz.
"Tapi tu kereta kakak saya...". Belum sempat Salina habis berkata-kata, Hafiz memotong.
"Ala, bukan kita nak guna terus, kita pinjam sekejap saja, lagipun hospital bukan jauh pun". Rayu Hafiz, lembut suara membuatkan Salina cair.
Salina tersenyum. Hatinya berbunga. Diturutkan kehendak Hafiz.
Sesampai di hospital, Hafiz berjalan laju meninggalkan Salina. Mencari arah wad neneknya berada. Terkejar-kejar Salina.
"Kak, nenek macam mana?". Tanya Hafiz setelah bertemu kakaknya di luar wad. Kakaknya yang menelefon Hafiz memberi tahu keadaan neneknya. Hafiz adalah cucu kesayangan nenek. Rapat sejak kecil lagi.
"Nenek ok, alhamdulillah, rindu Hafiz kot, tu yang boleh pengsan tu, eh ni siapa?." Kakak Hafiz bertanya, namun Hafiz tidak menjawab, terus berlalu pergi untuk bertemu nenek.
"Saya Salina, kawan Hafiz". Jawab Salina malu-malu sambil menyalami kakak Hafiz.
"Oh, jom-jom kita jumpa nenek, mak ayah pun ada tu, jom, eh lupa, panggil ja kak Mira, kakak yang sulung". Ajak Kak Mira sambil menarik tangan Salina.
"Tak pe ke kak, saya bukan ahli keluarga?".
"Eh, tak pe aih, nenek bukan dok icu, dok wad biasa ni ja, lagi pun sekarang waktu melawat. Kak Mira terus menarik tangan Salina, membuatkan Salina sedikit selesa, tetapi tetap ada debaran hendak berjumpa ahli keluarga Hafiz yang lain.
Ketika sampai di dalam wad, Salina nampak Hafiz melayani neneknya dengan baik sekali. Sambil ketawa, sambil usik mengusik.
Ke semua ahli keluarga memandang Salina, seperti bertanya. Salina tertunduk, malu. Kak Mira perasan.
"Ni Salina, awek Hafiz ni". Kak Mira mengusik. Kak Mira memang suka bergurau. Malu Salina diusik begitu. Salina menyalami semua. Semua di situ seakan selesa dengan kehadiran Salina.
"Eh, kak, mana ada, dia kawan ja la". Hafiz membantah.
Salina mengangguk sambil tertunduk malu.
"Aku bukan awek, habis selama ni apa?" Salina menumbuk muka Hafiz, menampar kepala Hafiz. Tapi tu semua dalam angan Salina saja.
"Nenek nak makan apa-apa?". Tanya Salina ketika tinggal berdua dengan nenek Hafiz. Hafiz dengan ahli keluarganya turun ke kafe untuk makan. Mereka ada mengajak Salina, tetapi Salina terasa segan dan menyatakan dia masih kenyang.
"Nenek dah kenyang". Balas nenek sambil tersenyum.
"Manis kamu ni, kamu dengan Hafiz siapa?" Nenek memuji sambil menyoal, untuk membuatkan Salina selesa.
"Hm, kami kawan ja nenek". Jawab Salina malu-malu, sambil tersenyum simpul.
"Tak pe la, mula-mula kawan, lepas tu kenal hati budi masing-masing, lepas tu kawen". Nenek mengusik sambil tergelak.
"Dia satu-satunya cucu lelaki yang nenek ada. Anak mak ngah Hafiz semua perempuan, empat orang. Hafiz ada dua kakak, tadi tu Mira, yang sulung, yang kedua ada di Johor, kerja di sana, tak dapat balik. Nenek ada dua anak ja, dua-dua perempuan. Mak Hafiz dengan mak ngah, tu yang nenek sayang lebih sikit kat si Hafiz tu, tapi cucu lain pun nenek sayang". Nenek menceritakan sedikit salahsilah keluarganya.
Salina hanya mengangguk sambil tersenyum. Nenek seakan selesa dengannya. Ketika semua ahli keluarga Hafiz datang, Salina meminta diri, menunggu di luar wad. Salina memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berbicara secara peribadai.
"Hafiz, nenek suka Salina tu, baik budaknya". Nenek Hafiz bercakap perlahan, namun masih boleh didengari oleh Salina. Salina tersenyum.
Bersambung...
Comments